[PERSAHABATAN] INDONESIA B-22 vs MALAYSIA XI

Skuad Malaysia XI dibawah bimbingan Ong Kim Swee cemerlang menundukan tuan rumah, Indonesia B-22 6-0 di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan semalam. Perlawanan ini diatur ekoran Kejohanan Jemputan Piala Java 2012 terpaksa ditangguhkan pada 9-12 Ogos depan setelah Everton dan Galatasaray menarik diri disaat-saat akhir yang sepatutnya berlangsung pada 26-29 Julai 2012.

Skuad Malaysia XI tiba di Jakarta Isnin lepas bagi menyertai kejohanan empat penjuru yang julung-julung kali diadakan namun terpaksa ditangguhkan ekoran penarikan diri dua kelab Eropah, Everton dan Galatasaray pada saat-saat atas masalah teknikal. Malaysia turut membariskan 6 pemain senior iaitu Shahrulnizam Mustapa, Hishamudin (Perak), Amri Yahyah (Selangor), Shukor Adan (N9), Azif Nasrulhaq (PKNS), Christee Jayaseelan (ATM) serta 2 pemain import iaitu Michel Kubala (Perak) dan Ramez Dayoub (Selangor).

Skuad negara bermula garang apabila mengasak kubu Indonesia sebaik wisel dibunyikan dengan mendahului 1-0 menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-12 setelah menerima umpanan oleh bekas penyerang kebangsaan, Amri Yahyah. Michel Kubala kemudiannya berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-16 setelah Christee Jayaseelan dijatuhkan dalam kotak penalti.

Pemain PKNS, Azrif Nasrulhaq terus menambah derita Indonesia dengan meledak gol ketiga Malaysia apabila menyempurnakan hantaran lintang Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-31 sebelum Amri Yahyah terus cemerlang meledak dua lagi gol pada minit ke-34 dan 45 untuk Malaysia selesa di depan 5-0 menuju rehat.

Sebaik babak kedua bersambung, Indonesia cuba untuk merobek gawang Malaysia dengan beberapa percubaan namun gagal menemui sasaran, Ketangkasan penjaga gol muda negara, Mohd Shahril Sa’ari wajar dipuji kerana berjaya mengawal gawang Malaysia dengan baik. Shukor Adan akhirnya melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia¬† apabila berjaya menewaskan penjaga gol Indonesia, Aji saka pada minit ke-60.

Sementara itu, jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee tidak mahu terlau gembira dengan kejayaan 6-0 ke atas Indonesia ini sebaliknya mahu pemain-

“Ini hanyalah perlawanan persahabatan dan ia tidak membawa sebarang makna,” kata Ong Kim Swee kepada media selepas perlawanan.

Namun, Ong Kim Swee berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya.

“Pasukan Indonesia dibarisi pemain berusia 22 tahun ke bawah, kita tidak boleh menerima keputusan perlawanan ini sepenuhnya.”

“Ia merupakan satu pelajaran yang baik skuad B-22 Indonesia. Saya percaya pemain-pemain muda Indonesia akan bertambah matang apabila menetang pasukan memiliki kualiti yang lebih kuat.”

Malah, Ong Kim Swee turut memberi nasihat agar pemain-pemain Indonesia agar terus menimba pengalaman dengan menentang pasukan yang lebih kuat pada masa yang akan datang.

“Pasukan ini harus ke luar untuk menambah pengalaman dan ilmu. Pemain-pemain tampak menghadapi kesukaran apabila berhadapan pemain-pemain berpengalaman,” kata Ong Kim Swee lagi.

BARISAN PEMAIN :-
Indonesia U-22 : Aji Saka, Safrudin Kahar, Agus Nova, Fastabiqul Khoirot, Nurmufid, Danny Saputra, Syahroni, Rasyid, Kurniawan, Rahmad Hidayat (Syaiful Indra-24′), Ridwan Awaludin, Agung Suprianto

Malaysia XI : Izham Tarmizi, Ramez Dayoub, Shukor Adan (Syazwan Tajudin-67′), Amri Yahyah (Syahrul Azwari-53′), Fandi Othman, Ahmad Hazwan Bakri, Hisyamuddin (Nazirul Naim-60′), Shahrulnizam Mustapa (Saarvindran-53′), Azrif Nasrulhaq, Christie Jayaseelan, Michal Kubala (Irfan Fazail-53′)

Incoming search terms:

  • malaysia vs indonesia
  • malaysia
This entry was posted in Perlawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply