[PERPINDAHAN] SANTI CAZORLA, NURI SAHIN DALAM RADAR ARSENAL

Arsenal dilaporkan membida Santi Cazorla dengan yuran perpindahan bernilai £16m namun ditolak oleh Malaga yang inginkan sekurang-kurangnya £20 juta untuk pemain antarabangsa Sepanyol itu. Musim lalu, pemain berusia 27 tahun itu berhijrah dari Villareal ke Malaga dan berjaya membantu Malaga mencipta sejarah untuk beraksi dalam perlawanan play-off kelayakan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Meskipun menghadapi masalah kewangan kelab dan masih berhutang sebanyak £3 juta dengan Villareal namun pengurus Malaga, Manuel Pellegrini masih mahukan sekurang-kurangnya £20 juta untuk melepaskan Santi Cazorla ke Arsenal.

“Terdapat tawaran dibuat ke atas beberapa pemain termasuk Cazorla. Ketika ingin, kami ditawarkan £16 untuk Santi Cazorla. Penjualannya bakal memberi kami sejumlah wang untuk menyelesaikan masalah kewangan kelab,” kata Manuel Pellegrini.

“Namun saya tidak fikir kelab berhasrat untuk melepaskannya.”

“Saya percaya pemain-pemain memiliki keinginan untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah, jelasnya kami mendapat tawaran untuk pemain-pemain. Tetapi Kami mungkin akan melepaskan Santi Cazorla jika mendapat bidaan bernilai £20 juta,” kata pengurus Malaga itu lagi.

Sementara itu, Arsenal dijangka akan membuat bidaan susulan bernilai £18 juta untuk membawa Cazorla ke Emirates musim ini.

Dalam masa yang sama, Arsenal turut berhasrat untuk mendapatkan pemain tengah Turki  selepas pengurus Real Madrid, Jose Mourinho mengenepikan Nuri Sahin dalam perancangan musim ini dan bersedia untuk melepaskan pemain berusia 23 tahun itu yang dibeli dari kelab Jerman, Borussia Dortmund musim panas lepas.

Walaupun Arsene Wenger menafikan bahawa dia semakin hampir untuk mendapatkan Nuri Sahin namun pengurus berbangsa Perancis itu tidak menafikan kemungkinan untuk menandatangai pemain tengah Turki sebelum jendela perpindahan ditutup.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply