[PERPINDAHAN] PEMBELIAN OLIVER GIROUD PERSEDIAAN UNTUK KEHILANGAN ROBIN VAN PERSIE

Gilles Grimandi, pegawai peninjau Arsenal mengakui kedatangan penyerang Perancis, Olivier Giroud ke Arsenal merupakan sebahagian daripada persediaan kelab untuk menghadapi kemungkinan kehilangan penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie yang juga merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lalu dengan menjaringkan 30 gol.

Bintang Belanda itu tidak mahu menandatangani kontrak lanjutan ekoran kontrak lama yang berbaki semusim lagi turut menarik perhatian beberapa kelab terkemuka termasuk Juventus, Barcelona, Real Madrid, Manchester City, Paris Saint-Germain dan Manchester United. Namun, Arsenal meletakan harga sekitar £30 juta untuk penyerang berusia 28 tahun itu atau bersedia untuk melepaskannya secara percuma musim panas depan.

Meskipun begitu, Arsene Wenger dan Ivan Gazidis terus berusaha untuk memujuk kapten Arsenal itu untuk terus kekal di Emirates di mana rundingan dan perbincangan masih berterusan. Kehilangan Robin Van Persie dilihat bakal mengundang risiko seperti yang berlaku musim lalu di mana Arsenal menghadapi permulaan musim yang buruk selepas kehilangan dua bintang utama, Cesc Fabregas dan Samir Nasri.

Sementara itu, Arsenal berjaya menandatangani penyerang kelahiran Perancis, Olivier Giroud dengan yuran perpindahan bernilai £13 juta dari kelab Ligue 1, Montpelier penghujung Jun lalu sekaligus menjadi pemain kedua yang dibawa masuk musim ini selepas penyerang Jerman, Lukas Podolski. Kehadiran Giroud dilihat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang Belanda itu dengan reputasi Giroud selaku penjaring terbanyak Ligue 1 dengan mencatatkan 21 gol dan 11 assist dalam 36 penampilan bersama Montpelier musim lalu.

“Kami (Arsenal) mahukan dia (Robin) untuk kekal dimana kontrak cuma berbaki setahun, ianya sangat sukar.Persekitaran sangat sesuai baginya, Robin van Persie sudah mengharungi 8 musim bersama Arsenal dan mempunyai ikatan yang kuat dengan kelab,” kata Grimandi kepada Le10sport.com

“Adakah kehadiran Olivier Giroud untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Robin van Persie. Ya, kami berusaha untuk mengelak dari situasi musim lalu berulang. Tetapi kami melakukan segalanya yang termampu untuk mengekalkannya di Emirates dan mahu dia terus kekal bersama kami.”

“Walau bagaimanapun, jika ada tawaran yang luar biasa dan dia mahu meninggalkan Arsenal, sukar bagi kami untuk mengekalkannya. Saya mungkin tidak pernah terfikir, sebagai contoh jika Thiago Silva (AC Milan) berpindah ke kelab lain tetapi buat masa ini mungkin tidak. Segala kemungkinan boleh berlaku di mana kami tidak boleh mengawalnya,”kata Grimandi lagi.

Incoming search terms:

  • adakah olivier giroud kekal di arsenal
This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply