[PERLAWANAN] SAYA MINTA WENGER AMBIL SAYA BEKERJA DENGANNYA – K. RAJAGOPAL

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagopal mendedahkan beliau berseloroh dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger supaya mengambil beliau untuk diserapkan dalam pasukan kejurulatihannya kerana persamaan pandangan mereka terhadap bola sepak.

“Dia (Wenger) datang kepada saya dan kami berbual dan saya beritahu dia kami ada falsafah yang serupa – membina sebuah skuad muda,” ujar K. Rajagobal.

“Dia bertanya informasi mengenai beberapa orang pemain.”

“Kini Arsene (Wenger) telah melihat apa yang saya lakukan dengan pemain saya, mungkin dia boleh pertimbangkan saya sebagai jurulatih di situ,” K. Rajagobal berseloroh.

Terdahulu, K. Rajagopal sedikit kecewa dengan kekalahan 2-1 selepas mendahului 1-0 di separuh masa pertama hasil jaringan cantik Azmi Muslim dalam perlawanan yang agak seimbang di atas padang. meskipun melakukan banyak pertukaran ramai pemain utama pada separuh masa kedua, K. Rajagobal tidak menyesal mkerana apa yang lebih penting ialah pendedahan untuk pemain mudanya.

“Kami boleh lihat mereka mengasak kami dan apabila saya membuat pertukaran, kelonggaran mula dirasai dan begitu juga dengan keyakinan dan kami melepaskan dua gol.”

“Sudah tentu, mana-mana jurulatih akan kecewa melepaskan gol dalam detik penting sedangkan kami seharusnya menang atau sekurang-kurangnya seri.”

“Walau apapun, saya gembira untuk pemain dan perkembangan mereka. Saya masih ada skuad yang sangat muda dan saya harap ia akan berada di landasan yang betul,” kata jurulatih skuad kebangsaan itu lagi.

Incoming search terms:

  • raja gopal
  • k rajagopal vs arsene wenger
This entry was posted in Perlawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply