[PERSAHABATAN] PERSIAPAN MALAYSIA HADAPI ARSENAL, MAN CITY

Peluang Harimau Malaya menentang dua gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Manchester City pastikan tidak dilepaskan oleh para pemain dan pihak pengurusan sebagai salah satu persediaan untuk mempertahankan Piala AFF 2012 hujung tahun ini. Pengendali skuad kebangsaan, Dato’ K. Rajagopal turut merangka strategi dan melakukan persiapan untuk perlawanan persahabatan menghadapi Arsenal pada 24 Julai ini dan Manchester City pada 30 Julai 2012.

Dato’ K. Rajagopal telah memanggil 27 pemain untuk menjalani latihan bagi menghadapi kedua-dua pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pukul 9.45 malam bagi menghormati umat Islam yang menunaikan ibadah puasa dan solat tarawih. Penyerang Pelita Jaya, Safee Sali turut dipanggil pulang untuk menyertai latihan ini. Selain itu, FAM juga sedang mengatur sesi latihan pusat di luar negara bagi skuad Harimau Malaya bermula 4 hingga 16 Ogos 2012.

Berikut merupakan senarai 27 pemain Harimau Malaya yang dipanggil menyertai latihan :-

Penjaga gol : Khairul Fahmi Che Mat (KEL), Mohd Farizal Marlias(N9), Norazlan Razali (SEL)

Pertahanan : Mohamad Muslim Ahmad (TER), Mohd Faizal Muhamad (TER) Mahalli Jasuli (Harimau Muda A), Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A), Mohd Asraruddin Putra Omar (SEL), Mohd Bunyamin Umar (SEL), S.Subramaniam (KEL), Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (ATM), Amiridzwan Taj Tajudin (ATM), Mohd Azmi Muslim (ATM)

Pemain Tengah : Safiq Rahim (SEL), Amar Rohidan (KED), Baddrol Bakhtiar (KED), Mohd Shakir Shaari (KEL), Shahurain Abu Samah (N9), Mohamad Ashaari Samsudin (TER)

Penyerang : Safee Sali (Pelita Jaya), Norshahrul Idlan Talaha (KEL), Azamuddin Mohd Akil (PAH), Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), S. Kunalan (N9), Ahmad Shakir Md Ali (N9), Md. Rozaimi Abd Rahman (SAB), Yong Kuong Yong (Felda United)

Sumber : www,bernama.com

This entry was posted in Perlawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply