[OLIMPIK] MERISIK KHABAR DARI KOTA LONDON

Tatkala tirai Sukan Olimpik 2012 disingkap secara rasminya semalam (4.10 pagi waktu Malaysia) tadi dalam persembahan dan upacara pembukaan penuh gilang-gemilang disaksikan oleh 80,000 penonton yang hadir di Stadium Olimpik London serta lebih 1 billion yang menyaksikan secara langsung di seluruh dunia. Misi kontigen Malaysia ke Sukan Olimpik London 2012 untuk mengapai emas pertama Olimpik digalas oleh 30 atlet dari 9 kategori sukan.

Ratu Elizabeth II telah menyempurnakan upacara perasmian pada 7.10 pagi waktu Malaysia sementara bacaan ikrar disempurnakan oleh Sarah Stevenson, pemenang pingat perak acara Taekwon-do Olimpik Beijing 2008. Sukan Olimpik London 2012 bakal berlangsung selama 16 hari bermula 27 Julai hingga 12 Ogos 2012 dengan mempertaruhkan 302 pingat emas dalam 26 jenis sukan di 34 venue kejohanan.

Pentas Olimpik London 2012 bakal disertai oleh 204 kontigen dari seluruh dunia dengan penyertaan atlet dianggarkan seramai 10,500 orang. Kontigen Malaysia diketuai oleh Chef de Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan disertai seramai 30 atlet bakal turun dengan semangat juang yang tinggi untuk menobatkan anak Malaysia di mata dunia.

Sandaran utama emas negara pasti digalas oleh jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan jagoan lumba basikal negara, Azizulhasni Awang berdasarkan pencapaian dan repuasi. Namun, penyertaan atlet lain terutama dari acara terjun yang menghantar kontigen teramai dengan 8 orang selain badminton (enam), berbasikal (lima), memanah (empat), berenang (dua), olahraga (dua) dan seorang setiap satu bagi acara lawan pedang, belayar dan menembak.

Sementara itu, atlet menembak, Nur Suryani Mohd Taibi, 30, mencipta sejarah apabila menjadi wanita hamil pertama yang menyertai Sukan Olimpik musim panas dan yang keempat bagi Sukan Olimpik selepas Magda Julin (1920), Diana Sartor (2006) dan Kristie Moore (2010), yang semuanya bertanding pada Sukan Olimpik musim sejuk.

Berkat sokongan dan doa 27 juta rakyat Malaysia, ganjaran menarik berupa wang RM1 juta bakal menanti atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas pertama sukan Olimpik untuk Malaysia. Selamat berjuang buat atlet-atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik London 2012.

Berikut senarai atlet Malaysia yang beraksi pada Sukan Olimpik London 2012 :

AKUATIK: Terjun

Bryan Nickson Lomas : 3m papan anjal individu lelaki, 3m papan anjal seirama, 10m platform individu
Yeoh Ken Nee : 3m papan anjal individu lelaki
Huang Qiang : 3m papan anjal seirama
Pandelela Rinong : 3m papan anjal seirama wanita, 10m plaftform individu, 10m papan anjal seirama.
Leong Mun Yee : 10m platform seirama wanita
Traisy Vivien Tukiet : 10m platform individu wanita
Cheong Jun Hoong : 3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama
Wendy Ng Yan Yee : 3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama

AKUATIK: Renang

Khoo Cai Lin : 800m gaya bebas wanita
Heidi Gan : 10km laut terbuka

BADMINTON:

Datuk Lee Chong Wei : Perseorangan lelaki
Tee Jing Yee : Perseorangan wanita
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong : Beregu lelaki
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying : Beregu campuran

BERBASIKAL: Trek

Mohd Azizulhasni Awang : Keirin, 200m pecut lelaki
Josiah Ng : Keirin, 200m pecut lelaki
Fatehah Mustapa : Keirin wanita

BERBASIKAL: Lebuh Raya

Mohd Adiq Hussainie, Amir Mustafa

LAWAN PEDANG:

Yu Peng Kean : Sabre individu

MEMANAH:

Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin : Berpasukan/Individu Recurve
Nurul Syafikah Hashim : Recurve individu wanita

MENEMBAK:

Nur Suryani Mohd Taibi : 10m air rifle wanita

KAPAL LAYAR:

Khairulnizam Mohd Affendy : Laser Standard

OLAHRAGA:

Lee Hup Wei : Lompat Tinggi lelaki
Noraseela Khalid : 400m lari berpagar wanita

Incoming search terms:

  • sukan malaysia
  • traisy vivien tukiet sejarah
This entry was posted in Sukan Antarabangsa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply