[PERSAHABATAN] MALAYSIA BERJAYA SAINGI KEHEBATAN ARSENAL

Malaysia berjaya melakar kejutan dan nyaris mencipta kemenangan sebelum tewas 1-2 kepada Arsenal Selasa lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Prestasi yang dipamerkan oleh anak buah Datuk K. Rajagopal tampil berbeza berbanding ketika dibelasah 0-4 setahun yang lalu. Malah pengurus Arsenal, Arsene Wenger turut terkejut dengan peningkat skuad kebangsaan dan menghambur pujian terhadap mutu permainan skuad kebangsaan dan prestasi beberapa pemain-pemain Harimau Malaya.

Aksi babak pertama nyata menghiburkan penonton apabila kedua-dua pasukan sering berbalas serangan disaksikan hampir 50,000. Kecekapan penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias berjaya menafikan beberapa percubaan Arsenal menerusi Marouane Chamakh, Andre Santos dan Abou Diaby. Anak buah Datuk K. Rajagopal berjaya megimbangi penguasaan yang ditampilkan oleh gergasi Liga Perdana Inggeris itu naum gagal menemui sentuhan gol.

Deretan peluang yang diperolehi oleh jentera serangan negara yang diketuai oleh Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dibantu oleh Safiq Rahim, S. Kunalan dan Azamuddin Akil membuat Arsene Wenger tidak senang duduk. Malaysia akhirnya berjaya di depan apabila rembatan kencang dari jarak 25m berjaya menewaskan penjaga gol Arsenal, Vito Mannone pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Arsene Wenger kemudiannya memasukan Theo Walcott, Oxlade-Chamberlain, Alex Song, Ryo Miyachi, dan Chuks Aneke untuk menambah sengat di bahagian serangan Arsenal sebaik babak kedua bersambung. Kealpaan minit-minit akhir mengundang pada apabila Arsenal menghukum kesilapan benteng pertahanan. Perancang muda Arsenal, Thomas Eisfeld berjaya menjaringkan gol penyamaan setelah menerima hantaran cantik dari Nico Yennaris pad minit ke-87 sebelum Chuks Aneke menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada pada minit ke-90.

Kekalahan ini gagal mengulangi sejarah yang dilakar pada 1975 apabila jaringan Allahyarham Mokhtar Dahari menewaskan Arsenal 2-0 pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan. Meskipun tewas, prestasi skuad negara berjaya menambat hati Arsene Wenger.

“Keputusan perlawanan tidak begitu penting tetapi apa yang lebih penting, kualiti perlawanan yang kami mahukan.”

“Aksi pada babak pertama cukup mengagumkan kerana kedua-dua pasukan menampilkan tempo yang tinggi. Kami terpaksa bekerja keras menentang pasukan yang baik.”

“Secara keseluruhannya, ia suatu perlawanan yang baik dan kami pulang tanpa ada sebarang masalah kecederaan (pemain),” jelas Wenger pada sidang media selepas tamat perlawanan kelmarin.

Namun, sesuatu yang menjadi detik paling istimewa buat beberapa pemain Harimau Malaya apabila kelibat mereka mendapat pujian Arsene Wenger.

“Saya kagum dengan prestasi yang ditonjolkan pemain berjersi No.7 (Aidil Zafuan Abd Razak), No. 8 (Safiq Rahim), No. 15 (Gary Steven Robbat), No. 16 (S. Kunalan) dan penjaga gol (Farizal Marlias).

“Mungkin saya akan mendapatkan beberapa pemain Malaysia berdasarkan persembahan cemerlang mereka malam ini (malam kelmarin),” ujarnya berseloroh.

Sementara itu, Rajagobal berkata, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan penampilan barisan Harimau Malaya sepanjang 90 minit perlawanan tersebut berlangsung.

“Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan persembahan barisan pemain saya kerana begitu berdisiplin dan mengikut setiap arahan.” jelas Datuk K. Rajagobal.

“Namun, sudah tentu saya berasa kecewa selepas kami gagal untuk mempertahankan kelebihan satu gol kami.”

“Saya telah berjanji kepada Wenger yang mana kami akan memberikan tentang habis-habisan dan saya gembira kerana barisan pemain saya berjaya melakukan tugasan itu,” katanya.

Skuad negara bakal turun lagi Isnin ini menentang satu lagi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9.45 malam.

Jaringan : Malaysia (1) vs Arsenal (2) – Mohd Azmi Muslim (45′), Thomas Eisfeld (87′), Chuks Aneke (90′)

Senarai Pemain Malaysia : Mohd Farizal Marlias, Mohd Bunyamin Umar (Mahali Jasuli-71′), S. Subramaniam, Mohd Azmi Muslim (Md. Rozaimi Abd Rahman-84′), Mohd Aidil Zafuan (Amiridzwan Taj Tajudin-71′), Safiq Rahim, S. Kunalan (Mohamad Ashaari Shamsudin-80′), Azamuddin Mohd Akil (Shahruain Abu Samah-36′, Baddrol Bakhtiar -80′), Mohd Shakir Saari (Gary Steve Robart-36′), Norshahrul Idlan Talaha (Muhamad Khyril Muhymeen-69′), Mohd Safee Sali (Mohamad Ashaari Shamsudin-80′)

Senarai Pemain Arsenal : Vito Mannone, Carl Jenkinson (Nico Yennaris-45′), Thomas Vermaelen (Kyle Bartley-45′), Johan Djourou (Ignasi Miquel-45′), Kieran Gibbs (Ryo Miyaichi-45′), Abou Diaby (Alex Song-45′), Francis Coquelin (Craig Eastmond-45′), Mikel Arteta (Theo Walcott-45′), Andre Santos (Oxlade-Chamberlain-45′), Gervinho (Chuks Aneke-45′), Marouane Chamakh (Benik Afobe-45′)

Incoming search terms:

  • skuad harimau malaya 2012
  • pemain harimau malaya 2012
  • skuad malaysia 2012
  • malaysia vs arsenal
  • skuad harimau malaya
  • jersey malaysia 2012
  • malaysia vs arsenal 2012
  • s kunalan malaysia images
  • pemain harimau muda a 2012
  • skuad harrimau malaya 2012 number jersey
This entry was posted in Perlawanan, Ulasan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply