[PERSAHABATAN] KELANTAN FA VS QUEENS PARK RANGERS

Juara Liga Super 2012, Kelantan FA bakal membuat perhitungan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) yang dimiliki oleh jutawan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes pada 20 Julai nanti. Kelab berpangkalan di Loftus Road, London itu kini dalam siri jelajah pra-musim bagi membentuk skuad yang mantap bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris musim 2012/13. RTM dan Astro Arena turut menyiarkan perlawanan ini secara langsung bermula pukul 9.30 malam.

Menurut penganjur dan pengarah bersama Bumibola Sports Sdn Bhd, Kevin Ramalingam menjangkakan sebayak 65,000 tiket akan dijual sempena perlawanan tersebut. Harga tiket telah ditetapkan dengan harga RM 33, RM 53 dan RM 73 bagi tempat terbuka. Tiket boleh didapati di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam serta dibeberapa lokasi yang lain mulai 18 dan 19 Julai ini.

Tan Sri Annuar, presiden KAFA telah mengumumkan bahawa KAFA memperuntukkan 5,000 tiket yang berharga RM53 untuk dijual pada separuh harga pada 18 dan 19 Julai 2012 ini khas untuk pelajar IPT / IPTA sahaja. Kaunter tiket akan mula dibuka di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UITM Shah Alam dan para pelajar hanya perlu menunjukkan pas matrik mereka untuk menikmati kadar istimewa ini. Para pelajar yang berada di luar kawasan Shah Alam yang ingin menikmati kadar istimewa ini boleh berhubung dengan Pertubuhan Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) atau Puan Fazilah dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar Puncak Alam di talian 019-640 1062.

Penyokong Kelantan turut menarik nafas lega apabila pihak QPR bersetuju melewatkan waktu perlawanan untuk memberi laluan bagi umat Islam menunaikan ibadah solat terawih sebelum perlawanan bermula. Sementara itu, pihak pengurusan stadium akan menyediakan lebih banyak tempat untuk penonton menunaikan solat sunat terawih di stadium pada malam perlawanan itu.

Peminat Kelantan dan QPR berpeluang menyaksikan sesi latihan dan sesi ramah mesra bersama kedua-dua pasukan bola sepak itu pada 19 Julai di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Pasukan QPR dijangka menurunkan kesebelasan utama termasuk Park Ji-Sung, Boby Zamora, Andy Johnson, Robert Green, Anton Ferdinand dan Djibril Cisse pada perlawanan tersebut.

Selain┬áThe Red Warriors, QPR juga membuat perhitungan dengan pilihan Sabah XI di Stadium Likas, Kota Kinabalu (17 Julai) sebelum terbang ke Indonesia melayan cabaran Persebaya Surabaya pada 23 Julai ini. Terdahulu, ‘The Hoops’ mudah menundukan pilihan Sabah XI 5-0 di Stadium Likas pada 17 Julai lalu menerusi jaringan Bobby Zamora (min ke-8), Heider Helguson (min ke-63), Jay Bothroyd (min ke-69) dan dua jaringan Djibril Cisse (min ke-73 dan 81).

Pengarah Komersial Kumpulan AirAsia, Kathleen Tan berkata, selaku penaja utama kelab, pihaknya berbesar hati dapat membawa QPR mengadakan pra-musim jelajah Asia di sini buat julung-julung kalinya.

“Kami juga berbesar hati dengan kesudian pasukan iaitu Kelantan, Sabah dan Persebaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan QPR. Tidak mustahil ia bakal membuka pintu buat QPR bagi menguji skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia pula selepas ini.” kata Kathleen Tan lagi.

Incoming search terms:

  • kelantan fa
This entry was posted in Liga Malaysia. Bookmark the permalink.

Leave a Reply