[PRA-MUSIM] JADUAL JELAJAH PRA-MUSIM ARSENAL 2012

Berikut merupakan siri perlawanan pra-musim Arsenal 2012 :-

14 Julai 2012 : Markus Liebherr Memorial Cup – Arsenal vs Anderlecht
14 Julai 2012 : Markus Liebherr Memorial Cup – Southampton vs Arsenal
24 Julai 2012 : Persahabatan – Malaysia XI vs Arsenal
27 Julai 2012 : Persahabatan – Arsenal vs Manchester City
29 Julai 2012 : Persahabatan – Kitchee FC vs Arsenal
12 Ogos 2012 : Persahabatan – Cologne vs Arsenal

Jelajah Arsenal ke Nigeria yang dijadualkan pada 5 Ogos 2012 telah ditangguhkan ke musim panas yang akan datang. Namun, Arsenal akan menghantar 4 orang pemain utama iaitu Bacary Sagna, Per Mertesacker, Tomas Rosicky dan bintang baru, Lukas Podolski untuk ke Lagos, Nigeria bagi meraikan peminat-peminat di sana bersama kelab penyokong Arsenal di Nigeria.

Sementara itu, Arsenal mengumumkan Piala Emirates 2012 juga telah dibatalkan dan akan diadakan semula pada 2013 bagi memberi laluan dan melancarkan perjalanan Sukan Olimpik London 2012 yang bermula dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. Keputusan dibuat hasil perbincangan dengan pihak pengurusan, pemegang saham dan agensi berkaitan yang telah diumumkan pada 6 Disember 2011 yang lalu.

Sumber : www.talksport.co.uk

This entry was posted in Pra-Perlawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply