[INFO] SEJARAH PERTEMUAN ARSENAL VS MALAYSIA

Kunjungan Arsenal ke Malaysia sempena Asia Tour 2012 pada 22 hingga 24 Julai 2012 ini merupakan kunjungan ke-5 dalam sejarah sejak tahun 1960-an lagi. Kelibat bintang-bintang gergasi Liga Perdana Inggeris ini sekali lagi menjadi tumpuan peminat-peminat khususnya di Malaysia serta dari negara jiran Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Brunei untuk melihat lebih dekat kelibat pemain-pemain kesayangan mereka.

Perlawanan pertama Arsenal menentang Malaysia Asian All-Stars yang dibarisi oleh pemain terbaik Asia ketika itu termasuk beberapa pemain Malaysia antaranya Sardar Khan dan lain-lain lagi pada 1967. Namun sehingga kini, skuad Malaysia XI pernah menentang Arsenal sebanyak 4 kali sejak 1975. Berikut merupakan ringkas dan ulasan perlawanan Malaysia XI vs Arsenal :-

MALAYSIA XI vs ARSENAL – 11 MEI 1975

Skuad Malaysia ketika itu dibimbing oleh M. Chandran yang membariskan nama-nama besar seperti allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun, Datuk R.Arumugam, Santokh Singh, Isa Bakar dan lain-lain lagi. Sementara juara berganda 1970/71, Arsenal mendapat sentuhan daripada Bertie Mie turut membariskan pemain-pemain terbaik antaranya Peter Storey, John Radford, Sammy Nelson, George Armstrong, Peter Simpson dan ramai lagi pemain utama.

Perlawanan penuh dramatik ini berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur disaksikan lebih 30,000 penonton. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun benteng pertahanan kedua-dua pasukan ampuh bertahan sehingga allahyarham Mokhtar Dahari yang lebih dikenali sebagai ‘SuperMokh’ berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-45.

Gandingan mantap serangan negara diterajui oleh ‘SuperMokh’ dan Isa Bakar terus menjadi duri dalam daging buat Arsenal apabila ‘SuperMokh’ sekali lagi menemui sentuhan gol pada minit ke-77 menewaskan penjaga gol Arsenal, Geoff Barnett. Kejayaan Malaysia menewaskan Arsenal 2-0 ini terus diingati dalam lipatan kegemilangan bola negara suatu ketika dahulu.

Jaringan : Malaysia (2) vs Arsenal (0) – Mokhtar Dahari (45′, 77′)

Senarai Pemain Malaysia :  R. Arumugam, Namat Abdullah, Soh Chin Aun (Wong Kuw Fou), Santokh Singh, Vincent Thambirajah, Wong Choon Wah, Shukor Salleh (Ali Bakar), Mohamed Shah Norbit (Affendi Yusof), Mokhtar Dahari, Isa Bakar, Harun Jusoh
Jurulatih : M. Chandran

Senarai Pemain Arsenal : Geoff Barnett, Peter Storey, Sammy Nelson, Eddy Kelly, Terry Mancini, Peter Simpson (John Matthews), George Amstrong, Alex Cropley, Brian Hornsby, Brian Kidd, Wilf Rostron, John Radford
Pengurus Pasukan : Bertie Mee

MALAYSIA XI vs ARSENAL – 13 MEI 1975

Skuad Malaysia XI sekali lagi turun menentang Arsenal kali ini di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang yang dihadiri kira-kira 20,000 peminat.

Jurulatih kebangsaan, M. Chandran mengekalkan kesebelasan utama ketika menewaskan Arsenal kecuali Soh Chin Aun dan Shukor Salleh yang direhatkan. Sementara itu, Arsenal kembali dengan misi menebus maruah selepas dimalukan 2-0 oleh skuad kebangsaan dua hari sebelumnya di Stadium Merdeka.

Penguasaan bola yang seimbang dengan aksi berbalas serangan oleh kedua-dua pasukan. Skuad kebangsaan sekali lagi berjaya di depan menerusi gandingan Mokhtar Dahari dan Isa Bakar pada minit ke-75. Namun, Brian Kidd berjaya menyelamatkan Arsenal daripada kekalahan kedua kepada Malaysia apabila berjaya membolosi gawang Malaysia yang dikawal oleh R. Arumugam seminit sebelum perlawanan tamat.

Jaringan : Malaysia (1) vs Arsenal (1) – Isa Bakar (75′), Brian Kidd (89′)

Senarai Pemain Malaysia : R. Arumugam, Namat Abdullah, Santokh Singh, Wong Kuw Fou, Vincent Thambirajah, Wong Choon Wah (Hanafiah Ali), Ali Bakar, Mohamed Shah Norbit (Shukor Salleh), Mokhtar Dahari, Isa Bakar, Harun Jusoh
Jurulatih : M. Chandran

Senarai Pemain Arsenal : George Barnett, Richard Powling, Sammy Nelson, Peter Storey, Terry Mancini, Peter Simpson, Eddy Kelly (John Matthews), Alex Cropley, John Radford, Brian Kidd, George Amstrong
Pengurus : Bertie Mee

MALAYSIA XI vs ARSENAL – 19 MEI 1999

Penantian peminat bola sepak Malaysia khususnya penyokong Arsenal untuk menyaksikan pasukan kesukaan mereka menjadi realiti selepas 24 tahun.

Arsenal yang dibimbing oleh Arsene Wenger membariskan nama besar seperti Tony Adams, David Seaman, Patrick Vieira, Ray Parlour, Kanu, Marc Overmars, Emmanuel Petit, Nicolas Anelka dan ramai lagi bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Malaysia XI di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kehadiran lebih 60,000 penonton untuk menyaksikan aksi pemain-pemain kebangsaan menentang bintang-bintang berkelas dunia. Namun, jurang permainan ketara jelas dipamerkan apabila Arsenal mudah menjinak skuad Harimau Malaya. Sentuhan penyudah oleh dua bintang kelahiran Perancis, Nicolas Anelka dan Emmanuel Petit pada minit ke-54 dan 67 sudah cukup memberi pengalaman berguna buat skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Abdul Rahman Ibrahim.

Jaringan : Malaysia (0) vs Arsenal (2) – Nicolas Anelka (54′), Emmanuel Petit (67′)

Senarai Pemain Malaysia : Azmin Azram Aziz, Abdul Ghani Malek, Anuar Jusoh, (Idris Karim), Moey Kok Hong (Syamsul Amri Bakar), V. Thinagaran, M. Elangoo, Yap Wai Loon (Nazri Yunos), B. Rajnikandh, Ahmad Shahruddin Rosli, Azman Adnan, Zami Mohamed Noor (Wan Rohaimi Wan Ismail)
Coach: Abdul Rahman Ibrahim

Senarai Pemain Arsenal : David Seaman (John Lukic), Tony Adams (Martin Keown), Steve Bould, David Grondin, Gillies Grimandi, Patrick Viera, Ray Parlour (Luis Boa Morte), Emmanuel Petit, Marc Overmars (Kaba Diawara), Nwankwo Kanu, Nicolas Anelka

MALAYSIA XI vs ARSENAL – 13 JULAI 2011

Arsenal kembali mengunjungi Malaysia selepas 12 tahun sempena jelajah pra-musim Asia Tour 2011. Kehadiran Arsenal berjaya mengamit peminat-peminat dari Malaysia dan negara-negara jiran termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan lain-lain lagi. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyenaraikan hampir kesemua pemain utama kecuali ketua pasukan, Cesc Fabregas yang masih menjalani pemulihan kecederaan hamstring.

Perlawanan persahabatan Malaysia menentang berlangsung di Stadium Nsional Bukit Jalil, Kuala Lumpur disaksikan kira-kira 70,000 penonton. Arsenal bermula garang sebaik sepak mula tepat jam 8.45 malam dengan melancarkan serangan bertali arus. Kesilapan pertahanan kebangsaan, Aidil Zafuan mengasari Jack Wilshere mengundang padah. Aaron Ramsey yang mengambil sepakan penalti tersebut mudah menewaskan Mohd Nasril Mat Nourdin pada mini ke-5. Aaron Ramsey terus menjadi duri dalam daging buat Harimau Malaya apabila hantaran cantiknya berjaya disudahkan oleh Theo Walcott pada minit ke-36 untuk gol kedua Arsenal.

Skuad kebangsaan nyata gagal menyaingi kehebatan Arsenal sebaik perlawanan bersambung meskipun memasukan beberapa pemain utama termasuk penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat. Arsenal terus menambah gol ketiga kali ini menerusi seorang lagi penyerang muda, Carlos Vela pada minit ke-56. Arsene Wenger kemudiannya memasukkan pemain-pemain utama seperti Robin van Persie, Samir Nasri, Tomas Rosicky, Andrey Arshavin dan Bacary Sagna. Tomas Rosicky menutup malam duka Harimau Malaya apabila menambah gol ke-4 menerusi tandukan selepas menerima hantaran Arshavin dari sebelah kiri dalam masa-masa kecederaan.

Jaringan : Malaysia (0) vs Arsenal (4) – Aaron Ramsey (5′), Theo Walcott (36′), Carlos Vela (56′), Tomas Rosicky (90′)

Senarai Pemain Malaysia : Mohd Nasril Mat Nourdin (Khairul Fahmie Che Mat-46′), Mahalli Jasuli (Helmi Remeli-61′), Mohd Asraruddin Putra (Mohd Azmi Muslim-59′), Mohd Aidil Zafuan (Mohd Muslim Ahmad-42′), Safiq Rahim (K. Gurusamy Govandar-74′), Mohammad Fadhli Mohd Shas, Kunalan A/L Subramaniam (Chanthuru Suppiah-68′), Norshahrul Idlan Talaha (Shahrizal Mohd Saad-63′), Amar Rohidan (Mohd Shakir Shaari-63′), Ahmad Fakri Saarani (Abdul Hadi Yahaya), Mohd Amirulhadi Zainal (Baddrol Bakhtiar-35′, Mohamad Ashaari Shamsudin-74′)

Senarai Pemain Arsenal : Wojciech Szczesny (Vito Mannone-45′), Carl Jenkinson (Bacary Sagna, 67), Thomas Vermaelen (Johan Djourou-45′), Laurent Koscielny (Sebastian Squillaci-45′), Kieran Gibbs (Armand Traoré-45′), Alex Song (Denilson-45′, Robin van Persie-67′), Jack Wilshere (Emmanuel Frimpong-45′), Theo Walcott (Tomas Rosicky-45′), Aaron Ramsey (Samir Nasri-67′), Ryo Miyaichi (Andrey Arshavin-67′), Marouane Chamakh (Carlos Vela-45′)

Incoming search terms:

  • malaysia vs arsenal 1975
  • arsenal malaysia
  • malaysia vs indonesia 2012
  • mokhtar dahari
  • sejarah mokhtar dahari
  • mokhtar dahari arsenal
  • mokhtar dahari vs arsenal
  • malaysia vs arsenal 2-0 mokhtar dahari
  • jaringan mokhtar dahari
  • arsenal vs malaysia 1975
This entry was posted in Informasi, Perlawanan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply