[HARIMAU MALAYA] FARIZAL MARLIAS VS KHAIRUL FAHMI

Ketangkasan dan kecemerlangan Farizal Marlias bakal membuat jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal pening untuk memiliki siapa yang bakal menjadi benteng terakhir Malaysia dalam Kejohanan Piala AFF November ini. Sementara itu, nama Khairul Fahmi Che Mat sudah lama meniti di bibir peminat-peminat bola sepak tempatan lantaran aksi yang cemerlang dan konsisten bersama skuad kebangsaan. Persoalannya, siapakah yang bakal menjadi penjaga gol no. 1 negara?

Nama                  : Mohd Farizal Marlias
Asal                     : Pahang
Tarikh Lahir      : 29 Jun 1986
Tinggi                  : 177cm
Pasukan              : Negeri Sembilan
Bekas Pasukan  : Shahzan Muda dan Perlis
Pasukan Kebangsaan : Bawah 23 tahun (11 penampilan)
                               : Pasukan Senior (16 penampilan)
Penampilan pertama  : 12 Julai 2009 (Malaysia vs Zimbabwe)
Penampilan (kelab)    : 44 perlawanan (Shahzan Muda, Perlis, Negeri Sembilan)
Pencapaian          : Piala Malaysia 2011 (Negeri Sembilan)
                               :  Piala Sumbangsih 2012 (Negeri Sembilan)
 

-Farizal Marlias merupakan bekas penjaga gol skuad Malaysia B-23 dan kini merupakan penjaga gol skuad utama Malaysia. Namun, penampilannya bersama skuad kebangsaan sering dibelenggu oleh masalah kecederaan di mana namanya digugurkan semasa Piala Suzuki AFF 2008 dan 2010.

-Pada Februari 2011, Farizal kembali diberi peluang untuk mengawal gawang negara ketika perlawanan persahabatan menetang Hong Kong. Penjaga gol Negeri Sembilan ini juga cemerlang mengawal benteng kebangsaan daripada dibolosi ketika perlawanan persahabatan Malaysia XI vs Chelsea 21 Julai 2011 di Stadium Bukit Jalil sebelum digantikan dengan penjaga gol Harimau Muda, Izham Tarmizi pada minit ke-75.

-Kecederaan yang melanda Khairul Fahmi menyaksikan Farizal Marlias terus diberi tugas mengawal gawang negara termasuk perlawanan Malaysia XI vs Arsenal pada 21 Julai lalu di mana Farizal terus menampilkan aksi yang cemerlang sepanjang perlawanan. Meskipun gawang Malaysia dibolosi dua kali ekoran kealpaan benteng pertahanan kebangsaan, namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji ketangkasan dan kecekapan Farizal menyelamatkan beberapa percubaan bahaya oleh penyerang Arsenal.

Nama                      : Khairul Fahmi Che Mat
Asal                         : Kelantan
Tarikh Lahir           : 7 Januari 1989
Tinggi                      : 171 cm
Pasukan                  : Kelantan
Bekas Pasukan      : Tiada
Pasukan Kebangsaan : Bawah 23 tahun (21 penampilan)
                                  : Pasukan Senior (12 penampilan )
Penampilan pertama  : November 2010 (Piala AFF Suzuki 2010)
Penampilan (kelab)    : 56 perlawanan (Kelantan)
Pencapaian              : Piala Malaysia 2010 (Kelantan)
                                      Piala Sumbangsih 2011 (Kelantan)
                                      Liga Super 2011, 2012 (Kelantan)
                                      Piala FA 2012 (Kelantan)
                                      Piala AFF Suzuki 2010 (Maaysia)
                                      Sukan SEA (Bola Sepak) – Emas
                                      Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010
                                     (Penjaga Gol Terbaik, Pemain Muda Terbaik)
 

-Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dipanggil ‘Apek’ merupakan penjaga utama Kelantan sejak 2010 ketika berusia 21 tahun dan merupakan pemain skuad Piala Presiden dari 2004 hingga 2009. Apek telah dipilih selaku Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik sempena Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010.

-Kecemerlangan Apek bersama Kelantan menjadikan dirinya menjadi pilihan utama jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagopal dan jurulatih skuad Malaysia B-23, Ong Kim Swee untuk mengawal gawang negara.

-Pada November 2010, Apek dipanggil menjadi penjaga gol kedua dibelakang Sharbinee Alwi. Kejayaan Apek mengemudi benteng terakhir negara dari dibolosi ketika perlawanan kedua menetang dengan mengekal rekod tanpa bolos menyaksikan beliau terus merampas posisi penjaga gol no.1 negara. Prestasi konsisten dan kecemerlangan Apek berjaya membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010.

-Khairul Fahmi sekali lagi menjadi nadi kecemerlangan skuad Malaysia B-23 apabila berjaya mengekalkan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea ke-26 di Jakarta dengan menewaskan Indonesia di perlawanan akhir yang berakhir dengan penentuan sepakan penalti. Khairul Fahmi juga telah dipilih selaku penjago gol terbaik Asia bagi 2011 berdasarkan undian yang dilakukan oleh Goal.com

Statistik dan Analisis

-Dari segi teknik dan kemahiran, kedua-dua penjaga gol Malaysia ini nampak seimbang. Kedua-dua mempunyai tindakan refleksi yang bagus dan tenang ketika mengawal gawang masing-masing. Namun, Farizal Marlias memiliki sedikit kelebihan dari sudut fizikal dengan kelebihan ketinggian. Manakala Khairul Fahmi pula telah beraksi hampir 30 perlawanan pada musim ini untuk aksi Piala FA, Liga Super dan Piala AFC mungkin memerlukan lebih rehat terutama selepas kembali dari kecederaan yang dialami mengakibatkan beliau terlepas perlawanan menentang QPR dan Arsenal. Farizal Marlias pula dilihat memiliki tahap kecergasan yang optima dengan jumlah perlawanan yang hampir separuh kurang dari yang dilalui Khairul Fahmi musim ini.

-Sementara itu, Khairul Fahmi memiliki pengalaman yang lebih luas berbanding Farizal Marlias di mana Apek berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan pingat emas bola sepak Sukan Sea ke-26. selain itu, Khairul Fahmi turut beraksi dalam beberapa perlawanan utama termasuk aksi kelayakan pra-Olimpik dengan menentang pasukan handalan Asia seperti Jepun, Bahrain dan Syria. Pengalaman beraksi di peringkat tertinggi menjadi aset utama Apek dalam merebut posisi penjaga gol no.1 negara.

-Meskipun Farizal Marlias telah berjaya untuk menemui kembali sentuhannya ketika beraksi bersama pasukan Perlis dan melupakan insiden kecederaan yang menghantui dirinya dan menghalang dia dari menyertai Piala AFF Suzuki 2010 lalu. Namun, kelebihan pengalaman dilihat lebih memihak kepada Khairul Fahmi Che Mat.

Kesimpulannya, Khairul Fahmi dilihat bakal menjadi pilihan untuk menjadi penjaga gol no.1 kebangsaan terutama untuk menghadapi saingan Piala AFF 2010. Namun, jika masalah kecergasan dan kecederaan terus membelenggu Khairul Fahmi, maka K. Rajagopal sudah memiliki penganti yang berkaliber, memiliki kualiti yang setanding Khairul Fahmi Che Mat. Yang pastinya, keputusan terletak ditangan jurulatih, Datuk K. Rajagopal dan pihak pengurusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • farizal marlias
  • farizal harimau malaya
  • farizal marlias vs khairul fahmi
  • asal farizal marlias
  • penjaga gol malaysia farizal
  • gambar farizal marlias menangis
  • penjaga gol harimau malaya
  • penjaga gol harimau malaya farizal
  • farizal penjaga gol malaysia
  • farizal penjaga gol
This entry was posted in Info Pemain. Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply