[CORETAN] THIERRY HENRY MAHU KEMBALI KE ARSENAL

Penyerang New York Red Bulls, Thierry Henry tidak menolak kemungkinan untuk kembali lagi ke Arsenal pada Januari ini. Penyerang kelahiran Perancis itu meninggalkan Arsenal pada Jun 2007 untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Thierry Henry berjaya membantu Arsenal menjaringkan gol kemenangan ketika saingan Piala FA menentang Leeds United dan Liga Perdana Inggeris menewaskan Sunderland ketika kembali bersama Arsenal sepanjang 5 minggu tempoh pinjaman Januari lalu.

“Saya mahu kembali ke England untuk bersama Arsenal pastinya. Untuk musim lepas, saya tidak merancangnya dan ia terjadi kerana Gervinho dan Maroane Chamakh menyertai Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika,” kata Henry kepada Skysport baru-baru ini.

“Saya berada di sana untuk berlatih dan mereka bertanya jika saya mahu bermain (bersama Arsenal). Siapa tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan? Saya belum bercakap dengan Arsene mengenainya jadi saya tak tahu apakah kapasitinya bila saya kembali.”

“Bidang kejurulatihan menarik minat saya tapi saya tak tahu ke mana arah bakat saya selepas menamatkan karier. Tapi, yang pastinya saya mahu kembali ke Arsenal.”

Musim lalu, Thierry Henry membuat penampilan mengejut bersama Arsenal ketika menghabiskan 5 minggu bersama Arsenal sepanjang cuti musim sejuk Major League Soccer (MLS). Penyerang berusia 34 tahun itu masih mempamerkan sentuhan berbisanya apabila meledak 10 gol dalam 14 perlawanan MLS musim ini.

Incoming search terms:

  • kelab N fernandez 2012
This entry was posted in Coretan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply