[CORETAN] ISLAM ADALAH PILIHAN AGAMA TERBAIK – THIERRY HENRY

“Islam adalah sebuah pilihan,” demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Lantaran itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam. Penjaring gol terbanyak Arsenal sepanjang zaman ini telah menyertai Arsenal dari kelab Juventus pada 3 Ogos 1999 menghabis 8 musim bersama ‘The Gunners’ sebelum berhijrah ke Barcelona pada 25 Jun 2007. Kini, Theirry Henry beraksi bersama kelab bola sepak MLS, New York Red Bulls sejak Julai 2010.

“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.

“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry lagi.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain Arsenal kelahiran Switzerland, Philipe Senderos, yang kini beraksi bersama Fulham juga dilaporkan telah memeluk Islam. Senderos mengisytiharkan keyakinannya di sebuah Islamic Center di Manchester, England pada 26 Jun lalu.

Bekas pertahanan tengah Arsenal yang beraksi bersama Arsenal dari 2003 hingga 2010 sebelum berhijrah ke Fulham merupakan seorang lulusan teologi, menunjukkan banyak minat dalam agama-agama dunia dan menghabiskan sebagian besar waktunya di luar permainan bola sepak untuk membaca segala hal mengenai agama sebelum dia memeluk Islam.

“Saya sangat tertarik pada agama-agama dunia dan membaca banyak buku tentang itu”, Senderos berkata dalam sebuah wawancara dengan majalah Arsenal.

“Jika saya tidak bermain bola sepak, saya mungkin akan menjadi seorang mubaligh”, tambahnya.

Senderos akhirnya mencari pengetahuan untuk manfaat dan menemui petunjuk dalam agama Islam. Alhamdulillah.

Sumber : www.halimislam.com

Incoming search terms:

  • agama lukaku
  • agama adam lallana
  • agama c kouyate
  • apakah adam lallana islam
This entry was posted in Coretan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply