[BULETIN] SESI LATIHAN RASMI PERTAMA ARSENAL MUSIM 2012/13

Skuad utama Arsenal bersama skuad simpanan menjalani latihan luar pertama musim panas ni sebagai persediaan untuk perlawanan pra-musim yang akan bermula pada 14 Julai nanti menentang Southampton dan RSC Anderlecht sempena Piala Memorial Markus Liebherr di Stadium St Mary’s, Southampton. Arsene Wenger mengendalikan sesi latihan luar dibantu oleh penolong pengurus baru, Steve Bould dan Neil Banfield.

Kelibat beberapa pemain yang beraksi dalam EURO 2012 termasuk Robin van Persie, Laurent Koscielny, Per Mertesacker, Tomas Rosicky, Wojciech Szczesny, Andrei Arshavin,  Theo Walcott dan Oxlade-Chamberlain tidak menjalani dalam sesi latihan pertama musim ini. Mereka diberi pelepasan untuk berehat selepas beraksi dalam kejohanan EURO 2012 yang berlangsung di Poland dan Ukraine.

Selain itu, dua pemain baru Arsenal, Lucas Podolski dan Olivier Giroud juga masih belum turut serta menjalani latihan ini. Namun, beberapa nama besar lain seperti Thomas Vermaelen, Mikel Arteta, Andre Santos, Kieran Gibbs, Abou Diaby, Johan Djourou dan lain-lain sudah kembali menjalani latihan luar di London Colney.

Aaron Ramsey pula kini menjalani latihan bersama skuad Olimpik Great Britain sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik London 2012. Sementara itu, Jack Wilshere sekadar menjalani latihan ringan manakala Bacary Sagna terus disisihkan ekoran belum pulih dari kecederaan.

Dua tonggak pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen dan Kieran Gibbs kembali menjalani latihan selepas tidak beraksi dalam kejohanan EURO 2012.

Andre Santos dan Mikel Arteta ceria menjalani latihan pertama Arsenal musim ini.

Ignasi Miguel, Andre Santos, Damien Martinez dan Thomas Eisfeld turut serta menjalani latihan pra-musim Arsenal.

Kieran Gibbs, Thomas Vermaelen, Carl Jekinson, James Shea, Tony Colbert (jurulatih kecergasan) dan Vito Mannone gigih menjalani latihan.

Tony Roberts (jurulatih penjaga gol), Steve Bould (penolong pengurus Arsenal) dan Neil Banfield (jurulatih skuad utama Arsenal) mengendalikan sesi latihan ini bersama Arsene Wenger.

Pemain tengah Arsenal, Abou Diaby gigih menjalani latihan setelah pulih dari kecederaan panjang.

Pemain-pemain Arsenal melepaskan lelah selepas menjalani latihan.

Bintang muda Arsenal, Henri Lansbury, Nico Yennaris dan Craig Eastmond (belakang) antara pemain yang bakal mewarnai skuad Arsenal beberapa tahun lagi.

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply