[PERPINDAHAN] MASA DEPAN HENRI LANSBURY DI ARSENAL CETUS TANDA TANYA

Pemain muda Arsenal, Henri Lansbury akan bersemuka dengan Arsene Wenger sebelum membuat keputusan untuk menandatangai kontrak baru atau mengambil keputusan untuk meninggalkan Emirates. Masa depan Lansbury bersama Arsenal mencetuskan tanda tanya apabila tidak disenaraikan dalam siri jelajah Arsenal Asia Tour 2012 dan namanya tidak berada dalam senarai rasmi pemain Arsenal bagi musim 2012/13.

Tonggak utama skuad England B-21 ini telah menghabiskan 4 musim secara pinjaman termasuk berjaya membantu Norwich City dan West Ham United dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris pada musim 2010/11 dan 2011/12. Lansbury kembali bersama Arsenal dalam perlawanan pra-musim di Southampton 15 Julai lalu dan berjaya membantu The Gunners menjulang kejuaraan jemputan Piala Memorial Markus Liebherr 2012.

Bekas pemain akademi Arsenal ini turut cemerlang membantu skuad remaja Arsenal menjulang beberapa kejuaraan termasuk Liga Perdana Remaja FA 2008/09 dan Piala FA Remaja 2009. Selain itu, Henri Lansbury juga pernah membantu England muncul naib juara dalam Kejohanan Eropah UEFA B-17 pada tahun 2007 dan Kejohanan Eropah UEFA B-19 pada tahun 2009.

Namun, pemain kelahiran Enfield, London berusia 21 tahun ini terdesak untuk menentukan hala tuju karier bola sepaknya dengan kontrak bersama Arsenal hanya berbaki setahun tetapi dia masih gagal mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal selain bakal mengharungi satu musim lagi secara pinjaman.

Lantaran itu, pemain muda England ini mungkin meminta untuk dilepaskan atau menyambung kontrak sambungan bersama Arsenal. Kelibatnya Lansbury menjadi sasaran beberapa kelab seperti Swansea, Norwich City dan Reading untuk mendapatkannya secara tetap dan pemain muda Arsenal itu berkemungkinan menerima tawaran tersebut Arsene Wenger gagal memberi jaminan mengenai kedudukan dalam skuad utama Arsenal.

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply