[BULETIN] KELAB SUKAN PALING BERNILAI BAGI TAHUN 2012 – FORBES

Arsenal FC disenaraikan selaku kelab sukan ke-10 paling bernilai di dunia 2012 oleh majalah perniagaan Amerika, Forbes. Sementara itu, Arsenal berada di kedudukan ke-4 dalam senarai kelab bola sepak paling bernilai di dunia pada tahun 2012 dengan nilai kelab berjumlah £825 juta di belakang Manchester United, Real Madrid dan Barcelona. Kemampuan pengurusan kelab yang baik menjadikan kedudukan kewangan Arsenal kekal stabil tatkala banyak kelab-kelab Eropah mengalami krisis hutang yang teruk.

Manchester United pula terus kekal menduduki kedudukan teratas dengan nilai berjumlah £1.43 billion. Juara La Liga 2011/12, Real Madrid pula menduduki kedudukan kedua dengan nilai £1.2 billion manakala satu kelab gergasi Sepanyol, Barcelona berjaya mendaki 18 anak tangga ke kedudukan ke-8 dengan nilai berjumlah £837 juta.

Namun, 32 kelab NFL masih mendominasi kedudukan 50 kelab sukan paling bernilai 2012 dengan Dallas Cowboys, Washington Redskins, New England Patriots dan Super Bowl New York Giants kekal di kedudukan 10 terbaik. Pasukan F1 Ferrari pula menduduki 15 senarai ini.

Senarai 10 Kelab Sukan Paling Bernilai 2012

1. Manchester United – £1.43 billion

2. Real Madrid – £1.2 billion

3. New York Yankees – £1.1 billion

3. Dallas Cowboys – £1.1 billion

5. Washington Redskins – £997 million

6. Los Angeles Dodgers – £895 million

6. New England Patriots – £895 million

8. Barcelona – £837 million

9. New York Giants – £831 million

10. Arsenal – £825 million.

Sumber : www.forbes.com

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply