[BULETIN] GANDINGAN PEMAIN MUDA DAN BERPENGALAMAN TARUHAN WENGER

Arsenal akan memulakan program pra-musim hari ini dalam Piala Memorial Markus Liebherr di Southampton dengan menyenaraikan skuad campuran pemain berpengalaman dan muda. The Gunners bakal berhadapan dengan pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Southampton dan kelab Belgium, Anderlecht dalam pusingan kalah-mati. Skuad bimbingan Arsène Wenger bakal menentang Anderlecht pada pukul 6.45 pm (waktu UK) dan tuan rumah, Southampton pada pukul 8.00 pm (waktu UK).

Arsène Wenger menamakan beberapa pemain utama seperti Gervinho, Johan Djourou, Marouane Chamakh, Andre santos, Francis Coquelin dan Keiran Gibbs dalam senarai 23 pemain untuk kejohanan ini.

Selain itu, beberapa pemain muda seperti Henri Lansbury, Kyle Bartley dan Vito Mannone kembali mewarnai skuad Arsenal musim ini selepas cemerlang sepanjang tempoh pinjaman ke West Ham, Rangers dan Hull City musim lalu.

Bintang baru yang ditandatangai Arsenal, Lukas Podolski dan Olivier Giroud juga tidak disenaraikan untuk kejohanan ini manakala pemain-pemain Arsenal yang beraksi dalam kejohanan EURO 2012 seperti Tomas Rosicky, Laurent Koscielny, Wojchiech Szczesny, Theo Walcott dalan lain-lain lagi tidak turut serta kerana belum kembali menjalani latihan bersama skuad Arsenal. Kelibat pemain muda seperti pemain tengah kelahiran Belanda, Kyle Ebecilio, bintang muda Sweeden Kristoffer Olsson dan perancang muda Jerman, Thomas Eisfeld turut disenaraikan dalam kunjungan ke Southampton ini.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply