[BULETIN] ERA UNGGU ARSENAL – JERSI AWAY ARSENAL DILANCARKAN

 

Arsenal melancarkan jersi baru away untuk perlawanan di tempat lawan semalam dengan mengunakan warna ungu dan hitam sebagai tema utama. Reka bentuk kit jersi Arsenal memberi kelainan sempena sambutan Jubli Intan penubuhan kelab bola sepak Arsenal yang dikenali sebagai ‘Royal Arsenal’ pada tahun 1890-an hasil usaha pekerja kilang di Woolwich, South London. Jalur merah di lengan memberi sentuhan moden di samping menyerlahkan warna ungu.

Manakala dibahagian belakang leher pula sebelum ini diletakan moto kelab, ‘Victoria Concordia Crescit’ dalam bahasa Latin yang bermaksud ‘Victory Through Harmony’ kini diganti dengan formasi WM hasil inovatif yang diperkenalkan oleh Herbert Chapman bagi memperingati pengurus lagenda Arsenal itu. Stoking berbelang ungu hitan ditambah dengan satu jalur merah memudahkan pemain mengenali antara satu lai di atas padang.

Mengulas mengenai kit jersi terbaru Arsenal ini, pemain tengah Alex Song berkata : “Saya rasa reka baru ini sangan menarik. Saya selaku pengemar fesyen apabila melihat warnanya, saya sangat gembira dan sukakannya. Kit jersi ini berbeza dengan musim lepas dan saya sangat teruja untuk memakainya. Saya mungkin melakukan sesuatu dengan rambut saya untuk menyesuaikannya (dengan jersi ini)!”

Sementara itu, pihak Adidas dilaporkan sedang berbincang mengenai penaja jersi baru Arsenal bagi musim 2013/14. Namun keputusan mengenainya belum dimuktamadkan dan masih diperingkat perbincangan. Kali terakhir Arsenal menggunakan jersi tajaan Adidas pada musim 1993/94.

Incoming search terms:

  • jersi arsenal
This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply