[PERSPEKTIF] ARSENAL SEDIA HADAPI CABARAN MUSIM BARU 2012/13

Arsène Wenger mengakui bahawa Arsenal bakal menambah satu atau pemain lagi bagi mengukuhkan skuad yang sedia ada tetapi bergantung kepada pemain-pemain yang bakal meninggalkan Emirates musim panas ini. Namun, Arsène Wenger mengambil langkah berhati-hati dalam menandatangani pemain-pemain baru untuk Arsenal meskipun pelbagai khabar angin mengenai perpindahan pemain dikaitkan dengan Arsenal.

Terdahulu, Arsenal telah berjaya mendapatkan dua pemain baru, Lukas Podolski dan Olivier Giroud bagi mengukuhkan skuad dalam menghadapi saingan musim baru 2012/13. Arsène Wenger turut menyifatkan penyerang Arsenal, Olivier Giroud sebagai penyerang sejati dan percaya penyerang Perancis itu mampu menambah sengat jentera serangan Arsenal musim hadapan.

Musim lalu, Olivier Giroud menyumbangkan 21 gol dalam saingan Ligue 1 dan muncul sebagai penjaring terbanyak Ligue 1 musim 2011/12. Meskipun, ramai penyokong-penyokong Arsenal meragui kemampuan Penyerang berusia 25 tahun ini, tetapi Wenger yakin bekas penyerang Montpelier mampu menyinar dalam sainga Liga Perdana Inggeris.

“Saya membawanya kerana dia (Giroud) merupakan penyerang tengah sejati dan pemain yang bijak,” kata Arsène Wenger kepada Arsenal Player.

“Dia pemain yang lambat menyerlah dalam kariernya dan saya rasa dia boleh berintergrasi dengan corak permainan Arsenal serta menambah kekuatan dalam pasukan lantaran Giroud memiliki kelebihan di udara (tandukan).”

“Giroud sangat bagus, memiliki fizikal yang baik dan saya rasa dia memiliki kualiti yang diperlukan oleh pasukan. Semoga dia mampu membuktikannya,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Sementara itu, Arsène Wenger turut memuji tugasan yang dilakukan oleh Neil Banfield dan Steve Bould lantaran mereka sudah sedia maklum dengan cara dan gaya permainan di Arsenal. Persaraan Pat Rice hujung musim lalu membuka ruang buat Steve Bould dilantik selaku penolong pengurus dan Neil Banfield sebagai staf jurulatih skuad utama Arsenal musim ini.

Kelhadiran kedua-dua mereka jelas banyak membantu dan membimbing pemain-pemain semasa sesi latihan pra-musim dan Wenger nyata gembira  dengan gandingan baru ini.

“Mereka melakukannya dengan baik walaupun mereka masih baru. Kami suka konsistensi kelab ini dan mereka bersedia untuk terus mencurahkan keringat bersama Arsenal,” kata pengendali berbangsa Perancis itu.

“Mereka adalah jurulatih yang sangat baik dan mereka berkerja keras setiap hari, jadi mereka akan terus bekerja kuat untuk mengekalkan kualiti pasukan ini. Steve Bould dan Neil Banfield ditugaskan lebih menjurus untuk mengukuhkan barisan pertahanan dan midfielder di mana mereka memiliki kelebihan mengenai itu.”

“Ia merupakan satu tempoh yang indah dan saya berterima kasih kepada Pat Rice kerana dia banyak membantu dan memberi sumbangan yang besar kepada kelab ini. Pada masa yang sama, saya mengalu-alukan kehadiran Steve Bould dan Neil Banfield,” kata Arsene Wenger lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply