[BULETIN] BACARY SAGNA MELAKUKAN PENAMPILAN KE-200 BERSAMA ARSENAL

Pemain pertahanan Perancis, Bacary Sagna melakukan penampilan ke-200 bersama Arsenal ketika Arsenal gah menewaskan kelab berbelanja besar, Manchester City 1-0 semalam. Pemain berusia 29 tahun telah menyertai Arsenal dari kelab Ligue 1 Perancis, Auxerre dengan yuran perpindahan bernilai €9 juta pada 12 Julai 2007 merupakan antara pemain bek kanan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

Sagna menyarung jersi no. 3 telah melakukan debutnya bersama Arsenal ketika perlawanan persahabatan menentang kelab Turki, Genclerbirligi pada 19 Julai 2007. Pemain bek kanan Arsenal ini nyata bangga dengan pencapainya melakukan penampilan ke-200 ketika perlawanan menentang Manchester City semalam.

“Melakukan penampilan ke-200 bersama Arsenal adalah satu pencapaian yang hebat dan impian saya kini menjadi kenyataan,” kata Sagna ketika ditemubual dalam majalah rasmi Arsenal bulan lalu.

“Tetapi saya ingin menjaringkan gol dalam perlawanan ke-200 itu. Saya mesti melakukannya.”

“Jujurnya, saya sangat bangga dan berharap dapat beraksi lebih banyak perlawanan bersama Arsenal pada masa akan datang. Saya menjadi sebahagian daripada pemandangan di sini. Ia satu penghormatan yang besar beraksi di Emirates. Saya berasa sungguh bertuah menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini.”

Sagna mengharungi satu perjalanan yang jauh sepanjang 200 penampilan bersama Arsenal dengan menjaringkan 4 gol dan menghasilkan 19 assist. Namun, Bacary Sagna melalui detik-detik sukar hujung tahun lalu apabila mengalami keretakan tulang kaki semasa perlawanan di White Hart Lane pada 1 Okotber tahun lalu dan terpaksa berehat selama empat sebelum kembali beraksi pada awal Februari lalu.

“Ia akan kekal diingatan saya selamanya. Dan ia merupakan kecederaan yang serius sepanjang karier saya tetapi saya sentiasa berasa sebahagian daripada skuad meskipun berada dibangku simpanan. Saya ingin bermain meskipun saya masih cedera.”

“Sekarang, saya boleh bayangkan apa yang berlaku kepada Jack (Wilshere) atau Abou (Diaby) ketika mereka diketepikan ekoran kecederaan. Saya menghormati mereka dengan cara mereka menghadapi situasi itu kerana ia sangat sukar bagi saya sepanjang tempoh empat bulan dan bagi mereka, ia lebih sukar berbanding saya,” kata Sagna lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply