[PERSPEKTIF] SAYA BUKAN PENGANTI FABREGAS – MIKEL ARTETA

Mikel Arteta berjaya menampilkan aksi yang konsisten dan bertenaga sejak menyertai Arsenal pada penghujung Ogos lalu. Namun pemain kelahiran Sepanyol berusia 30 tahun itu menegaskan dia bukan penganti kepada bekas perancang tengah Arsenal, Cesc Fabregas yang kembali menyertai kelab remajanya, Barcelona 15 Ogos tahun lalu namun kehadiran Arteta berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas kapten Arsenal itu.

Arteta menyertai Arsenal dari Everton dengan yuran perpindahan bernilai £10 juta selepas 6 tahun bersama kelab Meyerside itu dan kehadirannya sedikit sebanyak berjaya mengurangkan tekanan bahagian tengah Arsenal musim ini yang turut kehilangan Samir Nasri yang menyertai Man City pada jendela perpindahan musim panas lalu.

“Saya membuktikan saya bukan Cesc (Fabregas), saya bukan Nasri dan saya adalah diri saya. Saya akan melakukan yang terbaik bersama pasukan dan jika orang membandingkan saya itu terpulang kepada mereka. Tetapi saya tahu saya melakukan kesilapan pada hari pertama saya. Saya tidak mahu membazir masa lagi.”

“Saya berbual dengan Cesc sehari selepas saya menandatangi kontrak bersama Arsenal. Dia (Cesc) memberikan saya beberapa nasihat dan ia sangat berguna kepada saya,” kata Arteta.

“Cesc memberitahu saya mengenai persekitaran dan suasana di Emirates, tentang pasukan, tentang kelab dan betapa baiknya mereka dan staf yang berada di Emirates. Ia sangat bagus.”

Cesc turut memberitahu saya bahawa, “Apabila saya bermain bersama kelab seperti Arsenal, saya akan menghadapi tekanan. Saya harus mengendalikan tekanan itu dengan mencuba yang terbaik. Setiap kelab memberikan tekanan tetapi saya merasakan tekanan itu sesuatu yang positif.”

“Dan apabila penyokong mengharapkan sesuatu daripada saya, saya tidak peduli. Saya gembira dengan pemain-pemain di sini di mana mereka membantu saya menyesuaikan diri dan bermain bola sepak dengan cara yang hebat.”

Sejak menyertai Arsenal Ogos lalu, Arteta telah melakukan 27 kemunculan dalam Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan 3 gol serta 6 assist. Namun, Arteta mengakui bahawa dirinya turut berada di bawah tekanan untuk membantu Arsenal menjulang kejuaraan lebih dari yang dialaminya bersama Everton.

“Cabaran di sini adalah untuk memenangi trofi,” kata pemain tengah Sepanyol itu.

“Semasa di Everton, saya tidak berpeluang untuk melakukannya. Saya berharap dengan beraksi di sini dan membantu Arsenal menjulang kejuaraan.”

“Mereka (Arsenal) hampir untuk menjulang kejuaraan. Untuk memenanginya kadang-kadang kita perlu fokus dengan peluang yang ada untuk memastikan kejuaraan itu dalam genggaman.”

“Saya akan mencuba yang terbaik dengan kemampuan saya. Tekanan bererti penyokong meletakkan harapan kepada saya. Semasa berada di atas padang, saya tidak berfikir mengenainya selain daripada membantu rakan sepasukan untuk memenangi perlawanan,” kata Arteta lagi.

“Tetapi saya tahu Arsenal memiliki bakat dan berhak untuk bersaing kerana kamu boleh lihat mereka mempamerkan kebangkitan selepas menghadapi kekalahan. Ia bukan sesuatu yang mudah namun kami berjaya melakukannya.”

“Pengalaman beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah sesuatu yang hebat bagi saya bersama pemain-pemain yang sedang meningkat naik. Saya sangat kecewa kekalahan kepada Milan (0-4 di San Siro). Ia merupakan satu malam yang teruk sepanjang karier saya selaku pemain bola sepak, kami belajar daripadanya dan ia tidak akan berulang lagi.”

“Tiga bulan lalu, untuk menduduki kedudukan keempat liga tampak mustahil bagi Arsenal namun kini kami berjaya menduduki untuk kedudukan ketiga. Dan kami perlu mengekalkan momentum untuk menamatkan musim di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris.”

Selain Arteta, seorang lagi pemain berpengalaman, Yossi Benayoun telah menyertai Arsenal Ogos lalu secara pinjaman dari Chelsea setelah melalui musim-musim yang mengecewakan di Stamford Bridge. Benayoun turut gembira kerana dapat menyertai Arsenal dan berharap dapat menyumbang sesuatu kepada pasukan.

“Saya tidak mendapat peluang untuk beraksi di Stamford Bridge kerana saya diketepikan selama tujuh bulan kerana kecederaan,” kata Benayoun.

“Saya tahu apabila pengurus Chelsea mendapatkan pemain baru maka saya rasa peluang untuk saya beraksi semakin tipis, jadi saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Chelsea.”

“Saya hanya mahu membuktikan kepada Arsenal yang saya berhak untuk berada di sini dan saya akan membuktikannya. Namun, saya masih menghormati Chelsea dan saya memiliki ramai kawan-kawan di sana. Dan saya tidak tahu apa yang akan berlaku musim hadapan,” kata Benayoun lagi.

Rujukan : www.thisislondon.co.uk

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply