[PERSPEKTIF] MIKEL ARTETA PENTING BAGI KAMI – VERMAELEN

Kehilangan pemain tengah kreatif Arsenal, Cesc Fabregas cukup perit dirasai Arsenal awal musim ini namun kehadiran Mikel Arteta tampak semakin menyengat terutama beberapa perlawanan kebelakangan ini. Pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen yakin Mikel Arteta bakal menjadi kompenen penting dalam menjana prestasi Arsenal musim ini. Arteta menyertai Arsenal pada 31 Ogos 2011 dengan bayaran perpindahan bernilai £10 juta dari Everton dengan mengikat kontrak selama 4 tahun.

Arteta muncul wira Arsenal apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-87 menewaskan Man City 1-0 di Stadium Emirates. Jaringan tersebut merupakan yang keenam buat dirinya sepanjang musim ini. Pemain kelahiran Sepanyol berusia 30 tahun itu adalah satu anugerah buat Arsenal dan merupakan pembelian bernilai Arsene Wenger musim ini.

“Dia (Arteta) sangat penting bagi kami. Dia bukan sahaja penting di atas padang tetapi tetapi juga sangat diperlukan di luar padang,” kata Vermaelen.

“Dia sangat penting untuk mengemudi bahagian tengah kerana ia merupakan kunci kemenangan sesebuah pasukan.”

Arsenal bakal berhadapan dengan Wolves Rabu ini (Khamis pagi waktu Malaysia) dan Vermaelen menegaskan bahawa kekalahan mengejut Arsenal kepada QPR minggu lalu tidak akan berulang.

“Setiap perlawanan sangat penting bagi kami pada ketika ini dan setiap pemain berkerja keras. Anda lihat kami mencicirkan mata semasa menentang QPR dan Wolves turut memberi ancaman kepada kami (Arsenal).”

“Kami akan beraksi pada prestasi terbaik sekaligus memenangi perlawanan itu,” kata Vermaelen lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply