[PERPINDAHAN] JAN VERTONGHEN BAKAL MENYERTAI ARSENAL – FRANK DE BOER

Pengurus Ajax Armsterdam, Frank de Doer menyatakan keyakinan 100% bahawa kaptenya, Jan Vertonghen bakal berhijrah ke Arsenal musim hadapan. Tonggak pertahanan Ajax Armsterdam itu mengumumkan bahawa dirinya bakal meninggalkan kelab Belanda itu pada perpindahan musim panas ini sekaligus menguatkan spekulasi yang menyatakan Vertonghen bakal menyertai rakan baiknya, Thomas Vermaelen di Arsenal.

De Boer telah mengarahkan ejennya untuk memulakan rundingan dengan Arsenal dan perkara itu bermain difikirannya ketika ditemubual oleh ESPN dan semuanya masih dalam rundingan.

“Ya, kami sedang berbincang,” kata Frank de Boer.

“Apabila di sudah tertarik dengan kelab itu dan kelab itu merupakan sebuah kelab yang bagus, maka dia akan meninggalkan (Ajax). Saya yakin 100%.”

“Saya rasa dia akan melakukan satu langkah (dalam karier bola sepaknya). Bagi kami, sudah tentu kami merasai kehilanggan seorang pemain yang berkualiti,” kata pengendali Ajax Armsterdam itu lagi.

Sementara itu, jurulatih skuad remaja Ajax, Ronald de Boer yang merupakan kembar kepada Frank de Boer menyuarakan pendapat bahawa Jan Vertonghen sangat sesuai beraksi bersama Barcelona atau Real Madrid. Pemain antarabangsa Belgium itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus dan Tottenham selain daripada Arsenal.

Ronald de Boer yakin Vertonghen memiliki potensi untuk lebih berjaya bersama dua kelab gergasi Sepanyol itu dan percaya bahawa kapten Ajax itu lebih baik berbanding dengan rakan baiknya, Thomas Vermaelen yang meninggalkan Ajax pada musim panas 2009.

“Vertonghen akan dapat menyesuaikan diri dengan baik bersama Real Madrid atau Barcelona. Dia sentiasa tenang mengawal bola dan tahu untuk mengerakan bahagian tengah. Saya yakin 100% dia akan berjaya di sana,” kata Ronald de Boer ketika ditemuramah oleh NUsport.

“Dia (Vertonghen) memiliki kualiti yang bagus dan bakal menjadi seperti Jaap Stam. Cuba lihat kepada Vermaelen, seorang pemain yang pernah diasuh di Ajax dan kini dia menjadi salah seorang pertahanan terbaik di Liga Perdana Inggeris. Dan Vertonghen lebih baik dari Vermaelen,” kata bekas pemain tengah Belanda itu.

Sumber : www.justarsenal.com

This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply