[PERPINDAHAN] 7 PEMAIN YANG BERPOTENSI UNTUK MENYERTAI ARSENAL MUSIM HADAPAN

Jendela perpindahan musim panas bakal dibuka tidak lama lagi menyaksikan pasaran pembelian pemain menjadi sibuk. Namun, Arsene Wenger dijangka tidak membuat pembelian besar-besaran namun bakal membeli beberapa pemain ternama untuk mengukuhkan skuad Arsenal untuk kembali bersaing dengan lebih kompetatif. Meskipun pelbagai khabar angin yang bertiup kencang dengan remain nama-nama besar dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Lantaran itu, arsenal4u.com menyenaraikan 7 pemain yang berpotensi besar untuk berhijrah ke Emirates.

1-LUKAS PODOLSKI – KOLN (26 tahun)

Penyerang skuad kebangsaan Jerman kelahiran Poland merupakan antara sasaran utama perpindahan ke Emirates. Bekas penyerang Bayern Munich merupakan antara pemain berstatus bintang dan dijangka memberi impak yang besar ekoran pengalaman yang luas dalam saingan tertinggi Eropah dan peringkat antarabangsa bersama skuad kebangsaan Jerman. Lukas Podolski yang kembali menyertai kelab remajanya, Koln pada 20 Januari 2009 setelah menyertai Bayern Munich pada 2006 menjadi antara penjaring terbanyak dalam Bundesliga dengan 17 gol dibelakang Mario Gomez dan Klaas Jan Huntelaar.

Lukas Podolski turut mempunyai pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa dengan memiliki 95 caps antarabangsa dan menjaringkan 43 gol sehingga kini. Penyerang Koln dianggarkan bernilai £10.9 juta ini dilihat antara pilihan utama untuk bergandingan bersama Robin van Persie untuk mempertajamkan jentera serangan. Wenger turut mengharap agar penjanjian mengenai Podolski berjaya dimetrai lebih awal sebelum kejohanan EURO 2012 bermula dan sememangnya Podolski antara penyerang berkelas dunia yang menjadi sasaran utama Arsenal pada musim panas ini.

2-JAN VERTONGHEN – AJAX ARMSTERDAM (24 tahun)

Kapten Ajax Armsterdam merupakan antara pilihan terbaik untuk mengukuhkan benteng pertahanan Arsenal untuk musim hadapan lantaran Vertonghen seorang pemain serba boleh yang boleh beraksi di pelbagai posisi bek kiri dan ‘defensive midfielder’ meskipun dia merupakan seorang pemain pertahanan tengah. Dia merupakan rakan baik kepada pertahanan kental Arsenal, Thomas Vermaelen tatkala pernah beraksi bersama-sama di Germinal Beerschot semasa zaman remaja dan Ajax Armsterdam selain bergandingan dalam skuad kebangsaan Belgium.

Jan Vertonghen dilihat antara pemain muda yang memiliki prospek masa depan yang cerah dan berbakat besar lantaran kemampuan untuk menjaringkan 27 gol dalam 213 penampilan bersama Ajax setakat ini di samping memiliki kredibiliti dan kepimpinan yang baik apabila dipilih selaku kapten Ajax ketika berusia 23 tahun. Pertahanan Belgium antara pemain terbaik untuk mengatasi masalah kecederaan serius yang yang melanda Arsenal beberapa musim kebelakangan ini dianggarkan yuran perpindahan £10 juta dan Vertonghen turut terus untuk kembali menyertai rakan baiknya, Vermaelen di Emirates.

3-OLIVIER GIROUD – MONTPELIER (25 tahun)

Penyerang kelahiran Chambery, Perancis ini merupakan antara pemain yang mendapat perhatian Arsenal untuk perpindahan musim panas ini. Giroud seorang pemain yang memiliki fizikal dan ketinggian serta kemampuan untuk menjaringkan gol menerusi tandukan merupakan penjaring terbanyak dalam saingan liga Perancis ketika ini dengan 18 gol sekaligus menjadi tonggak yang membantu Montpelier menduduki kedudukan kedua Ligue 1 sekadar dipisahkan dua mata dibelakang Paris-Saint Germain turut menjadi pilihan penurus Perancis, Laurent Blanc dalam skuad utama Les Bleus.

Namun, Wenger dijangka akan memilih salah seorang antara Giroud atau Podolski untuk membentuk gandingan mantap bersama penyerang prolifik Arsenal kelahiran Belanda, Robin van Persie di samping sudah memiliki Maroane Chamakh dan Park Chu-Yong. Penyerang berusia 25 tahun yang katakan bernilai £8.3 juta dengan kontrak yang masih berbaki hingga 2014. Giroud kini sedang dalam perhatian Arsene Wenger bersama ketua skuad peninjau, Steve Rowley yang mengakui meminati aksi penyerang Perancis ini.

4-YANN M’VILA – RENNES (21 tahun)

Yann M’Villa merupakan seorang pemain ‘defensive midfielder’ telah dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates sejak musim panas lalu merupakan antara prospek muda yang sedang meningkat naik di Eropah ketika ini. Pemain kelahiran Amiens, Perancis ini memiliki fizikal yang mantap dan corak permainan yang keras sering dilabelkan sebagai ‘Vieira Baru’ dalam skuad kebangsaan Perancis. M’Villa turut memiliki 18 caps bersama skuad Perancis meskipun usianya baru mencecah 21 tahun.

Namun, Wenger dijangka membuat penilaian yang teliti sebelum membawa masuk pemain tengah Perancis ini lantaran Arsenal sudah memiliki pemain ‘defensive midfielder’ yang berkaliber seperti Alex Song di samping pemain mudah berbakat besar seperti Coquelin dan Frimpong yang sudah mula diserapkan ke dalam skuad utama Arsenal musim ini. Selain itu, Rennes telah meletakkan harga sekitar £25 juta kepada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat M’Vila, satu nilai yang cukup tinggi bagi Arsene Wenger untuk membeli seorang pemain muda.

5-ADRIAN MARIAPPA – WATFORD (25 tahun)

Kelibat namanya mengejutkan ramai pihak apabila Wenger dilaporkan membida pemain versetail Watford ini pada jendela perpindahan Januari lalu. Pemain kelahiran Harrow, London ini telah melakukan 208 penampilan bersama Watford sejak 2005 dan telah menjaringkan 4 gol sepanjang kariernya bersama Watford setakat ini. Mariappa yang berketurunan Fiji dan Jamaica merupakan kapten bagi pasukan Watford sejak 12 September 2009 turut menjadi buruan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris seperti Newcastle United dan Wigan selain Arsenal.

Adrian Mariappa merupakan seorang pemain pertahanan tengah yang juga boleh beraksi selaku bek kanan dengan baik menjadi perhatian Wenger lantaran kecederaan yang menimpa pertahanan Arsenal musim ini. Pengurus Arsenal itu dilaporkan telah mengemukakan tawaran £1.5 juta untuk mendapatkan khidmat kapten Watford ini januari lalu namun bidaannya ditolak kerana pengurusan Watford mahukan bayaran sehingga £4 juta. Ironinya, Arsenal sudah memiliki pemain-pemain bek kanan yang berkaliber seperti Sagna dan Jenkinson, namun kehadiran Mariappa yang bukan merupakan seorang pemain berprofil tinggi sekadar menjadi pemain gantian tatkala Arsenal dilanda masalah kecederaan yang serius meskipun peluang untuk melihat Mariappa berhijrah ke Emirates tampak tipis.

6-EDEN HAZARD – LILLE (21 tahun)

Bintang muda sensasi Lille ini turut menjadi buruan kelab-kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid, Man United, Chelsea, Man City, Spurs merupakan antara prospek pemain muda yang menyinar di Eropah ketika ini. Meskipun usianya baru mencecah 21 tahun, namun pemain tengah kelahiran Belgium ini telah beraksi sebanyak 139 serta menjaringkan 30 gol bersama Lille setakat ini. Hazard merupakan seorang pemain sayap dan tengah menyerang ini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates sejak musim jendela perpindahan musim panas 2011 lagi merupakan seorang pemain yang lincah dan memiliki kemahiran individu yang tinggi dalam mencipta gerakan menarik dan kreatif memiliki bakat yang besar dan unik setanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Namun, perpindahannya ke Emirates dianggap mustahil lantaran harga yang terlalu tinggi diletakkan oleh Lille jika berhasrat untuk mendapatkan tandatangan Hazard yang bernilai sekitar £40 juta. Pemain muda terbaik Ligue 1 Perancis dua kali (2009/10, 2010/11) dan pemain terbaik Ligue 1 Perancis musim lalu dianggap antara permata baru dalam bola sepak Eropah sememangnya antara pemain yang menjadi idaman Arsene Wenger yang terkenal dengan polisi pembangunan pemain-pemain muda.

7-YOUNES BELHANDA – MONTPELIER (22 tahun)

Pemain tengah kelahiran Maghribi ini menyertai Montpelier sejak 2003 ketika berusia 13 tahun. Younes Belhanda merupakan seorang pemain sayap dan tengah menyerang namun pernah beraksi selaku pemain tengah bertahan pada awal kariernya selaku pemain bola sepak. Pemain berusia 22 tahun merupakan seroang pemain yang mempunyai visi yang kreatif dan kemahiran dalam mencipta ruang buat jentera serangan kini sudah memiliki 12 caps bersama skuad kebangsaan Maghribi serta menjaringkan satu gol. Belhanda juga cemerlang membantu Montpelier menduduki kedudukan kedua liga dengan menjaringkan 8 gol dari 22 penampilan dalam saingan Ligue 1.

Arsene Wenger mengesahkan berminat untuk mendapatkan pemain Montpelier ini yang dianggarkan bernilai £20 juta yang turut mendapat perhatian daripada beberapa kelab utama Eropah seperti Paris-Saint Germain. Namun hasrat untuk menyaksikan Belhanda beraksi di Emirates mungkin tidak kesampaian lantaran Arsenal sudah memiliki ramai pemain tengah seperti Arteta, Rosicky, Song, Ramsey, Wilshere, Diaby, Coquelin, Frimpong dan ramai lagi. Ini tidak termasuk pemain muda yang sedang dipinjamkan ke kelab luar seperti Henri Lansbury, Craig Eastmond, Chuke Aneke dan lain-lain lagi.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • perpindahan pemain epl 2014
  • perpindahan pemain liga malaysia 2014
  • senarai pemain arsenal 2014
  • perpindahan pemain epl januari 2014
  • perpindahan januari 2014 epl
  • perpindahan pemain ke epl 2014
  • jendela perpindahan pemain liga malaysia 2014
  • perpindahan chelsea 2014
  • perpindahan pemain ke arsenal jan 2014
  • perpindahan pemain liga malaysia 2014 jendela pada march
This entry was posted in Perpindahan. Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply