[PERSPEKTIF] PENYOKONG ARSENAL BOLEH MENINGKATKAN PRESTASI KAMI – ARSENE WENGER

Arsene Wenger percaya bahawa penyokong Arsenal menjadi sebahagian daripada elemen yang membantu mempertingkatkan kebangkitan Arsenal setelah melalui permulaan musim yang buruk walaupun penyokong terus menunjukkan kemarahan dari permulaan musim hingga ke penghujung musim. Arsenal berjaya melakar kemenangan tujuh perlawanan berturut-turut sejak pertengahan awal Februari lalu sebelum tewas kepada QPR minggu lepas.

“Saya percaya penyokong-penyokong di laman sendiri musim ini lebih baik berbanding musim lalu,” kata Arsene Wenger.

“Selepas melalui permulaan musim yang sukar, mereka memahami dengan cepat bahawa kami (Arsenal) memerlukan sokongan mereka dan mereka mengubah pendirian. Secara keseluruhannya, sepanjang musim ini terutama sejak Januari di mana mereka benar-benar berada dibelakang pasukan dan banyak membantu kami memenangi perlawanan.”

Penyokong Arsenal bersorak dengan gembiranya sejak beberapa perlawanan lalu sama seperti Arsene Wenger.

“Saya sentiasa menyatakan ianya satu rahmat buat pasukan,” katanya lagi.

“Apabila peminat merasakan rahmat yang diterima oleh peminat dengan berdiri dibelakang pasukan. Dengan sejarah terkini dengan pasukan yang lebih positif, peminat mempunyai lebih sebab untuk percaya bahawa mereka boleh menyokong pasukan dan bahawa mereka akan memenangi perlawanan.”

“Tetapi kekuatan datang dari dalam pasukan.”

Theo Walcott merasakan penyokong-penyokong semakin bijak da membantu Arsenal mengekalkan rekod tanpa kalah di Emirates. Walcott berkata : “Peminat menjangkakan kami akan sentiasa menang  dan kami mampu keluar dengan mencatatkan kemenangan setiap perlawanan.”

“Stadium Emirates bakal menjadi kubu, seperti yang peminat harapkan. Dan dengan itu kami memerlukan bantuan dari peminat-peminat.”

“Penyokong dan pemain-pemain di tempat lawan tidak suka untuk beraksi di Emirates terutama sejak beberapa bulan yang lalu. Kami sangat memerlukan pemain-pemain tambahan seperti anda (penyokong) di luar padang,” kata Walcott lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif. Bookmark the permalink.

Leave a Reply