[KOMENTAR] SUMPAHAN MIKE DEAN TERHADAP ARSENAL

Arsenal gagal melebarkan rekod kemenangan kelapan berturut-turut apabila tewas 1-2 kepada Queens Park Rangers di Loftus Road semalam yang dikendalikan oleh Mike Dean. Pengadil berusia 43 tahun ini sudah tidak asing bagi aksi Liga Perdana Inggeris sejak mula mengadili perlawanan pertamanya dalam EPL pada tahun 2000 lagi.

Ironinya, perlawanan yang membabitkan Arsenal yang dikendalikan oleh Mike Dean jarang memihak kepada Arsenal dan berdasarkan rekod, Mike Dean telah mengendalikan 32 perlawanan Liga Perdana Inggeris yang membabitkan Arsenal sejak tahun 2000 menyaksikan Arsenal cuma menang 14 kali dan seri 10 kali.

Namun, perlawanan Arsenal yang tidak diadili oleh Mike Dean sejak tahun 2000 di mana Arsenal memenangi 256 daripada 418 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Mike Dean turut menjadi pengadil yang paling banyak mengadil perlawanan Arsenal yang berakhir dengan kekalahan sebanyak 44% (8 kekalahan) sejak 4 tahun lalu. Arsenal berjaya memenangi perlawanan menentang Spurs pada 26 Februari lalu setelah gagal memenangi sebarang perlawanan yang dikendalikan oleh Mike Dean sejak permulaan musim 2009/10.

Sementara itu, Mike Dean turut melayangkan 68 kad kuning dengan purata 4.25 bagi satu perlawanan dan pada musim ini sahaja dia telah melayangkan purata 3.32 bagi setiap perlawanan. Arsenal sekadar memenangi 25% perlawanan yang diadili oleh Mike Dean sejak 4 tahun lalu. Selain Arsenal, Mike Dean juga memiliki rekod yang kurang baik apabila mengendalikan perlawanan kelab London yang lain seperti Chelsea dan Spurs. Adakah semua ini adalah kebetulan atau sebaliknya? Terpulanglah kepada anda untuk menilainya.

Dikemaskini pada 1 April 2012

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply