[KOMENTAR] KISAH DI SEBALIK KEJAYAAN CRISTIANO RONALDO

Kelincahan dan sentuhan penyudahnya sentiasa digeruni dan menjadi igauan buat pemain pasukan lawan. Namanya meniti dibibir peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia. Kelibatnya sentiasa menjadi tumpuan di dalam dan di luar padang. Cristiano Ronaldo – pemain yang memiliki bakat semulajadi bola sepak yang unik dan berada pada kelas yang tersendiri. Namun disebalik kisah kehebatan dan kejayaan bintang Portugal ini, ada kisah menarik mengenai permulaan karier bola sepaknya diperingkat tertinggi.

Cristiano Ronaldo dilahirkan di Madeira, Portugal pada 5 Februari 1985 dan memulakan karier awal bola sepak bersama Andorinha ketika berusia 10 tahun sebelum berpindah ke Nacional. Pemain yang memiliki ketinggian 1.86 m ini kemudian menyertai Sporting Lisbon sebelum berhijrah ke Manchester United pada 2003.

Pemain terbaik dunia 2008 kemudiannya mencipta sejarah menjadi pemain bola sepak termahal di dunia apabila menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan perpindahan bernilai £80 juta pada 26 Jun 2009.

Kapten skuad kebangsaan Portugal turut mencipta pelbagai rekod dan menjulang kejuaraan demi kejuaraan sepanjang kariernya meskipun di usia yang masih muda lantaran bakat dan kemahiran yang tinggi dimiliki.

Cristiano Ronaldo menjadi antara bintang sukan yang menerima pendapatan lumayan termasuk hak imej, penajaan, bonus dan lain-lain bernilai $160 juta setahun pada 2011. Namun, antara insan yang diingati oleh Ronaldo pastinya rakan baiknya, Albert Frantau. Penyerang Real Madrid itu pernah memberi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada rakan baiknya, Albert Fantrau semasa beraksi dalam satu kejohana bola sepak remaja di Portugal.

“Saya berterima kasih kepada rakan lama saya, Albert Frantau untuk kejayaan saya hari ini. Kami bermain bersama-sama dalam kelab remaja. Apabila seorang individu dari kelab Sporting Lisbon datang dan memberitahu kami siapa yang menjaringkan lebih banyak gol akan diterima masuk ke akademi bola sepak (Sporting Lisbon).”

“Kami telah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 3-0. Saya telah menjaringkan gol yang pertama dan kemudian Albert menjaringkan gol yang kedua menerusi satu tandukan manakala gol ketiga menjadi tumpuan semua orang.

Albert berjaya mengelecek dan berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol, saya berlari berhampirannya dan dia berjaya melepasi kawalan penjaga lawan tersebut. Dan apa yang perlu dilakukannya hanya menolak masuk bola ke gawang yang kosong itu tetapi dia telah memberikan bola kepada saya dan saya telah menjaringkan gol tersebut,” kata Ronaldo.

“Saya diterima masuk ke akademi (Sporting Lisbon).” Selepas perlawanan dia telah berjumpa dengannya dan bertanya, “Mengapa?” dan dia (Albert) menjawab, “Kamu lebih hebat dari saya.”

Beberapa tahun kemudian, wartawan itu telah mencari dan menemui rumah Albert Fantrau dan bertanya kepada beliau mengenai kisah yang diceritakan oleh Cristiano di mana dia mengakuinya. Albert berkata kariernya tamat selepas perlawanan tersebut dan dia kini tidak bekerja.

“Tetapi bagaimana kamu mendapat rumah yang mewah dan kereta. Kamu kelihatan seperti seorang yang kaya dan sudah berkeluarga. Dari mana datang semua ini?”

Albert dengan bangganya menjawap “Ia dari Cristiano!”

Catatan :- Sejauh mana kebenaran cerita ini tidak dapat dipastikan, cuma jika ia benar-benar berlaku terdapat nilai dan pengajaran yang sangat tinggi di sebalik kisah ini. Selamat membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • albert frantau
  • Kisah cristiano ronaldo
  • kejayaan cristiano ronaldo
  • kisah ronaldo
  • cristiano ronaldo and albert
  • rahsia kejayaan real madrid
  • kisah cr7 malay
  • c ronaldo kejayaan
  • masa kejayaan ronaldo
  • rahsia di sebalik kehebatan cistiano ronaldo
This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply