[KOMENTAR] KAMI TIDAK BOLEH MEMBELI KEJUARAAN – JAMES MILNER

Pemain tengah Manchester City, James Milner telah menegaskan bahawa kelabnya tidak mampu semata-mata membeli kejuaraan Liga Perdana Inggeris-Barclays. Pemilik City, Sheikh Mansour telah dilaporkan melabur lebih daripada 400 juta pound untuk membeli pemain-pemain dalam usaha untuk membuat kelab itu juara liga.

Tetapi kekalahan 1-0 di Arsenal pada hari Ahad menyaksikan harapan City untuk menjulang kejuaraan semaikin tipis, dengan musuh ketat mereka Manchester United kini lapan mata di hadapan berbaki enam perlawanan sahaja. United mempunyai banyak pengalaman memenangi liga, mereka telah menang 12 daripada 19 perlawanan terakhir dalam liga, manakala kejayaan terakhir Man City menjulang kejuaraan liga adalah pada tahun 1967.

Pemain tengah City, Milner telah mendakwa skuad mahal City sentiasa akan memerlukan masa untuk mempelajari cara-cara untuk menjadi juara.

Milner berkata : “Kami telah membeli banyak pemain baru dan akan makan masa untuk mereka selesaikan diri, ada yang datang dari luar negara dan ada yang dari kelab lain, dan bermain sebagai satu pasukan.”

“Kami telah berjuang untuk kejuaraan musim ini dan akan berjuang sehingga akhir musim.

“Sebagai satu pasukan, untuk bergerak ke hadapan, untuk memperbaiki diri, kami perlu bekerja keras dan bersatu untuk beberapa tahun.”

“Mudah-mudahan, kami akan terus meningkat sebagai pasukan dan bergerak ke hadapan sebagai sebuah kelab.”

Pemain England berusia 26 tahun itu menambah: “Man United jelas sebuah pasukan yang hebat, tetapi kami semua sudah sedia maklum.”

“Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, mereka tahu bagaimana hendak menang. Ini merupakan tahun pertama kami berada di situasi seperti ini sebagai satu kumpulan.”

“Tetapi ia belum berakhir lagi. Kami akan terus berjuang hingga ke akhir musim.”

“Pembelajaran merupakan perkara yang terbesar, berada dalam situasi seperti ini.”

“Musim lalu, kami telah memenangi Piala FA, mempunyai mentaliti itu untuk terus memenangi piala.

“Anda tanya mana-mana pemain dan mereka akan memberitahu anda bahawa memenangi Liga Perdana sangat istimewa kerana anda boleh memengani piala-piala lain walaupun jika anda tidak bermain dengan baik, tetapi Liga Perdana mempunyai 38 perlawanan yang susah, di padang sendiri dan di padang lawan.”

Walaupun City kurang pengalaman berada di kedudukan ini, skuad besar mereka kelihatan seperti mampu mengatasi masalah itu.

Tetapi beberapa masalah di dalam padang luar dan beberapa kontroversi luar padang telah hampir-hampir lesapkan harapan mereka.

Milner tidak mahu menjawab apabila ditanya tentang masa depan pengurus Roberto Mancini.

“Sebagai pemain, semua yang kami cuba lakukan adalah untuk memenangi setiap perlawanan yang kami mampu, bekerja keras dalam latihan dan cuba untuk menjaga persembahan kami,” katanya.

Ditanya jika Mancini mempunyai apa yang perlu untuk membantu City menjadi juara, Milner berkata: “Kami akan saksikan. Mudah-mudahan, ya.”

Pemain berusia 26 tahun itu juga enggan untuk menjawab apa-apa soalan mengenai kelakuan Mario Balotelli, seorang pemain yang Mancini mengakui beliau akan “mungkin” menjual musim panas ini.

Balotelli akan mengetahui sama ada beliau akan digantung untuk enam perlawanan terakhir musim ini apabila FA England bertanya pegawai-pegawai sama ada mereka nampak kasaran teruk beliau terhadap Alex Song.

Pemain muda dari Itali itu kini digantung untuk tiga perlawanan selepas dibuang padang dalam kekalahan 1-0 di Emirates dan Milner mengaku City tidak bermain dengan baik di padang-padang lawan tahun ini. Anak buah Mancini berada lima mata di hadapan United hanya sebulan yang lalu.

Mereka juga berada lima mata di hadapan United pada bulan Oktober yang lalu apabila mereka memenangi derby Manchester 6-1 di Old Trafford, selepas membelasah Tottenham 5-1 di White Hart Lane pada bulan Ogos.

Tetapi manakala United telah meningkatkan pretasi mereka sejak itu, City tidak bermain dengan baik di padang-padang lawan sejak awal tahun.

Milner berkata: “Kami telah bermain dengan baik untuk kebanyakan musim ini, tetapi prestasi kami jatuh sejak beberapa minggu ini, terutama sekali apabila bermain di padang-padang lawan.

“Kami sangat kuat di padang sendiri tetapi di padang lawan, kami tidak mendapat keputusan-keputusan yang kami inginkan.

Setelah mengakui Mancini telah menetapkan sasaran tujuh kemenangan berturut-turut sebelum perlawanan Ahad lalu, Milner menambah: “Mulai sekarang, kami akan cuba untuk memenangi enam perlawanan terakhir kami, itu sahaja yang kami mampu lakukan dan lihat di mana itu boleh membawa kita.”

Sumber : www.espnstar.my

This entry was posted in Komentar. Bookmark the permalink.

Leave a Reply