[KOMENTAR] MAN CITY AKAN MENJULANG KEJUARAAN SEBELUM ARSENAL – SAMIR NASRI

Samir Nasri menegaskan dia bakal menjulang trofi bersama Manchester City sebelum Arsenal berjaya menamatkan kemarau kejuaraan. Bekas pemain Arsenal itu diejek dan diboo ketika kepulangannya ke Emirates Ahad lalu menyaksikan ‘The Citizens’ tewas 0-1 sekaligus menyukarkan peluang Manchester City menjulang kejuaraan. Pemain kebangsaan Perancis itu menyertai City pada musim panas lalu dengan bayaran perpindahan bernilai £24 juta dengan harapan untuk mencerah peluang menjulang kejuaraan.

Selepas menerima pelbagai kutukan dalam twitternya selepas perlawanan menentang Arsenal hujung minggu lalu, Nasri menulis : “Saya sedar apabila berbicara mengenai kejuaraan. Saya pasti akan menjulang trofi bersama Man City dahulu sebelum Arsenal.”

“Dan kepada penyokong Arsenal, lihatlah kehadapan. City berada 10 mata dihadapan kamu. Teruskan menyokong pasukan dan lupakan saya.”

“Sekarang saya berada dalam pasukan yang saya rasa boleh memenangi kejuaraan. Anda bermain bola sepak kerana anda sukakannya dan juga untuk memenangi kejuaraan.”

“Saya masih memasang impian sejak kecil untuk menjulang kejuaraan domestik atau trofi Liga Juara-Juara Eropah. Saya mahukan kepuasan yang datang dari kejayaan.”

“Anda (Arsenal) boleh memenangi kejuaraan dan kembali menerajui liga. Saya mahukan pengalaman untuk memburu kejayaan.”

“Kelab ini (Man City) membeli ramai pemain-pemain sejak 3 musim yang lalu dan kebanyakannya pemain-pemain muda. Dan mereka sudah beraksi di peringkat antarabangsa namun masih mempunyai ruang untuk mepertingkatkan prestasi.”

“Kebanyakan orang bercakap mengenai wang tetapi anda dapat melihat bahawa lembaga pengarah mempunyai perancangan yang teliti. Segalanya berada di kelas yang tersendiri.”

Nasri turut menyahut cabaran daripada seorang penyokong Arsenal, Piers Morgan yang mencabar pemain tengah City dalam laman Twitter untuk bertaruh sebanyak £10,000 daripada gajinya di mana Nasri membalas : “Tiada masalah kita bertaruh, sesiapa yang menang akan memberikan wang tersebut kepada badan kebajikan.”

Sementara itu, Piers Morgan yang merupakan antara selebriti yang dikenali diseluruh dunia menerusi pelbagai rancangan seperti The Celebrity Apprentice, Britain Got Talent, American Got Talent, dan sebagainya.

This entry was posted in Komentar. Bookmark the permalink.

Leave a Reply