[KOMENTAR] SKUAD ARSENAL TIDAK MEMILIKI MENTALITI KEMENANGAN

Arsenal seringkali dihimpit prestasi yang tidak menentu dan gagal mengekalkan momentum kemenangan meskipun sekadar berhadapan dengan pasukan-pasukan bawahan seperti QPR dan Blackburn Rovers. Skuad bimbingan Arsene Wenger turut melebarkan kemarau kejuaraan untuk untuk tujuh musim berturut-turut setelah tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA hujung Februari lalu.

Kejayaan musim The Invincibles pada 2003/04 jelas satu percapaian yang sukar untuk diulangi oleh pemain-pemain Arsenal ketika ini. Namun, masih terdapat ruang kecil untuk pemain Arsenal memulakan mencipta sejarah baru dalam bola sepak Arsenal. Kejayaan Arsenal menewaskan AC Milan 3-0 di laman sendiri setelah tumpas 4-0 dua minggu sebelumnya di San Siro serta kebangkitan dari ketinggalan 0-2 sebelum menang ke atas Spurs 5-2 penghujung beberapa minggu lalu menghadirkan sinar harapan untuk skuad bimbingan Arsene Wenger.

Ironinya, skuad Arsenal kini tidak memiliki mentaliti yang cukup kuat untuk mengekalkan momentum kemenangan dan menjulang kejuaraan namun mereka kini sedang membina keyakinan dan kekuatan mental untuk kembali menjadi antara pasukan yang digeruni di Eropah. Persoalannya, bagaimanakah Arsenal berjaya membina skuad yang memiliki mentaliti kemenangan pada era George Graham dan Arsenal Wenger kini.

Arsenal semenangnya terkenal dengan kecekalan, persefahaman, dan keupayaan untuk mengubah keputusan perlawanan semasa era George Graham dengan mewujudkan gandingan pertahanan yang  mantap dan antara yang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dengan dibarisi oleh Tony Adam, Lee Dixon, Martin Keown, dan Nigel Winterburn. Selepas proses peralihan oleh Arsene Wenger yang mula membimbing Arsenal pada 1 Oktober 1996 mempunyai prinsip dan falsafah yang tersendiri.

Era Arsene Wenger yang bermula dari 1996 hingga 2005 di mana ‘Le Prof’ mengambil tindakan drastik dengan mengubah sistem pengurusan, kewangan dan paling penting falsafah dalam bola sepak Arsenal. Wenger membina Arsenal menjadi pasukan yang kental seperti Stoke City tetapi mengamalkan corak permainan menarik seperti Barcelona. Bagaimanapun, Arsene Wenger gagal untuk menghadiahkan sebarang kejuaraan sejak tujuh musim yang lalu namun berjaya menampilkan bakat-bakat baru yang masih bagus dan kreatif dalam saingan bola sepak yang mencabar.

Arsenal melalui situasi kekurangan kekuatan mental lantaran kehilangan pemain-pemain berpengaruh seperti Patrick Vieira, Thierry Henry dan Robert Pires yang menjadi punca kegagalan menjulang kejuaraan beberapa musim kebelakangan ini meskipun trofi kemenangan sudah di depan mata. Perkara ini sesuatu yang mengecewakan bagi sebuah pasukan yang memiliki barisan pemain yang berbakat.

Walau bagaimanapun, pasukan Arsenal berjaya membina kembali kekuatan mental untuk menjulang kejuaraan sekaligus kembali menyaingi pasukan gergasi Eropah seperti Barcelona, Real Madrid, AC Milan, Man United, Bayern Munich dan sebagainya. Kehadiran Thierry Henry selama tujuh minggu secara pinjaman dari New York Red Bulls awal Januari lalu sedikit sebanyak membantu membina kekuatan mental dan keyakinan pemain-pemain Arsenal.

Skuad Arsenal kini jelas berbeza dengan kembali mempamerkan kebangkitan dan membina kembali skuad yang mantap dari segi mental dan fizikal untuk menamatkan kemarau kejuaraan. Arsenal kini berada di fasa-fasa terakhir bakal menamatkan kemarau kejuaraan tidak lama lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply