[KOMENTAR] 10 INFO YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI VERTONGHEN

Jan Vertonghen pemain pertahanan Ajax Armsterdam yang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates berkemungkian besar menjadi pilihan Arsene Wenger untuk mengukuhkan bahagian pertahanan Arsenal. Pertahanan kelahiran Belgium berusia 24 tahun ini telah menyertai Ajax Armsterdam sejak tahun 2003 lagi dikhabarkan bernilai £10 juta. Di sini senaraikan 10 info menarik mengenai Jan Vertonghen.

1-PEMAIN YANG VERSETAIL

Vertonghen merupakan seorang pemain versetail (serba boleh) yang boleh beraksi di pelbagai posisi dengan baik dan cemerlang menjadikannya antara pemain buruan kelab gergasi Eropah termasuk Juventus, Liverpool, Spurs dan lain-lain lagi. Dia merupakan seorang pemain pertahanan tengah namun boleh beraksi dengan baik di posisi ‘holding midfielder’ dan bek kiri dilihat antara prospek terbaik bagi Arsenal yang sering dilanda masalah kecederaan serius. Pemain kelahiran Belgium ini juga memiliki kawalan bola yang baik dan kemahiran individu yang tinggi.

2-SAHABAT BAIK THOMAS VERMAELEN

Vermaelen dan Vertonghen merupakan rakan baik tatkala pernah beraksi bersama-sama semasa dalam kelab remaja Ajax Armsterdam dan skuad kebangsaan Belgium memiliki keserasian dan persefahaman di dalam dan di luar padang. Pemergian Vermaelen ke Arsenal merupakan satu kehilangan buat dirinya yang terus kekal beraksi bersama Ajax meskipun digandingkan bersama Toby Alderweireld yang juga merupakan seorang lagi pemain pertahanan tengah kelahiran Belgium. Lantaran itu pemain pertahanan Belgium ini memasang impian untuk menyertai rakan baiknya itu untuk beraksi bersama-sama di Emirates.

3-VERTONGHEN PERNAH MENJARINGKAN GOL YANG PELIK

Pada 2006 dalam saingan Piala KNVB ketika Ajax Armsterdam melayan kunjungan Cambuur Leeuwarden di Armsterdam Arena yang merupakan kemunculan pertama Vertonghen. Tatkala Ajax medahului 2-0, seorang pemain Ajax mengalami kecederaan menyaksikan pengadil memberhentikan perlawanan. Vertonghen mengambil bola dan melakukan satu sepakan dari jarak 45 meter terus menerjah jaring sekaligus mengejutkan ramai pihak. Dan jaringan itu telah disahkan namun atas semangat kesukanan yang tinggi, pemain-pemain Ajax telah membenarkan pemain Cambuur melakukan satu jaringan mudah sebagai ganti.

4-KAPTEN PASUKAN AJAX ARMSTERDAM

Jan Vertonghen menyertai kelab remaja Ajax pada 2003 dan melakukan debut bersama skuad utama tiga taun kemudiannya dan pernah dipinjamkan ke RKC Waalwijk seperti  juga Vermaelen untuk untuk mempertajamkan kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri. Penghijrahan penjaga gol kebangsaan Belanda, Marteen Stekelenburg ke AS Roma pada 1 Ogos 2011 membuka peluang buat dirinya dikalung lilitan selaku kapten skuad Ajax Armsterdam yang baru.

5-FASIH DALAM BEBERAPA BAHASA

Meskipun bola sepak dianggap sebagai bahasa yang universal yang difahami dan diminati di seluruh dunia, namun kemahiran berbahasa sangat penting dalam karier seorang pemain bola sepak. Jan Vertonghen merupakan pemain kelahiran Belgium yang fasih berbahasa Belanda lantaran telah berkelana hampir 10 tahun di Ajax Armsterdam. Selain itu, dia juga mahir dalam pelbagai jenis bahasa yang lain antaranya, Perancis, English, Jerman, Serbia, Sepanyol, Italian dan juga Latin yang sememangnya tidak menjadi masalah besar jika berhijrah ke Emirates.

6-PERNAH BERAKSI BERSAMA KELAB REMAJA GERMINAL BEERSCHOT

Vertonghen pernah beraksi bersama Vermaelen semasa zaman remaja dalam Liga Pro Belgium dengan menyarung jersi pasukan Germinal Beerschot pada tahun 2000 sebelum berhijrah ke Ajax pada tahun 2003. Beerschot merupakan kelab yang ditubuhkan pada 1920 yang merupakan pengaruh dari pasukan Manchester United yang telah melahirkan beberapa bintang seperti Ibrahim Sidibe dan ikon bola sepak Colombia, Daniel Cruz.

7-PEMAIN YANG MUDAH MENGALAMI KECEDERAAN

Vertonghen pernah dilanda kecederaan serius antara ketika musim 2007/08 di mana dia terpaksa diketepikan untuk tempoh masa yang lama sekaligus gagal untuk membantu Heitenga dan Vermaelen dibarisan pertahanan pasukan Ajax. Selepas itu, dia juga seringkali dilanda kecederaan hamstring  namun keadaan kembali baik kebelakangan ini. Namun, risiko kecederaan berulang tetap tinggi dan hanya masa dan keadaan yang menentukannya.

8-PEMAIN BERKAKI KIDAL

Pemain berusia 24 tahun ini telah melakukan 213 penampilan bersama pasukan Ajax dan menjaringkan 27 gol setakat ini terutama menerusi tandukan dan rembatan kaki kiri yang deras merupakan antara pencapain terbaik bagi seorang pemain pertahanan tengah. Walaupun kebelakangan ini kita menyaksikan ramai pemain berkaki kiri yang mempunyai rempatan deras meskipun gagal menandingi kehebatan Roberto Carlos, namun Vertonghen antara pemain yang digeruni oleh lawan.

9- PEMAIN UTAMA SKUAD KEBANGSAAN BELGIUM

Vertonghen merupakan antara pemain yang menjadi pilihan pengurus skuad kebangsaan Belgium, Georges Leekens namun dia sering beraksi di posisi ‘holding midfielder’ lantaran Thomas Vermaelen dan Vincent Kompany serta Daniel van Buyten menjadi pilihan di posisi pertahanan tengah. Sehingga kini, pemain pertahanan berketinggian 1.89m ini telah mendapat 36 caps bersama skuad kebangsaan Belgium dengan menjaringkan 2 gol. Selain itu, Vertonghen juga pernah beraksi bersama skuad Belgium B-21 sebanyak 23 kali dan membantu pasukan negaranya menduduki tempat keempat acara bola sepak Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

10- VERTONGHEN INGIN MENYERTAI ARSENAL

Meskipun kapten Ajax Armsterdam ini menerima pelbagai tawaran lumayan dari kelab ternama Eropah, tetapi Vertonghen menegaskan bahawa Arsenal menjadi pilihan utamanya untuk beraksi dalam saingan bola sepak utma di Eropah. Namun, beliau bakal menghadapi persaingan hebat dari Laurent Koscielny dan Per Mertesacker selaku gandingan Vermaelen di posisi pertahanan tengah. Sementara itu, Vertonghen juga perlu berhadapan dengan Kieran Gibbs dan Andre Santos utnuk merebut posisi bek kiri jika impiannya beraksi di Emirates menjadi kenyataan.

Pelbagai spekulasi dan khabar angin bertiup kencang mengenai perpindahan Jan Vertonghen ke Arsenal pada musim panas nanti. Sememangnya tidak dapat dinafikan yang Vertonghen antara bakat muda dan prospek jangka masa panjang yang bagus lantaran usia baru mencecah 24 tahun. Namun, pilihan di tangan Arsene Wenger dan dia mampu menilai yang terbaik untuk Arsenal.

Sumber : www.bleacherreport.com

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply