[ULASAN] KAMI GAGAL MELAKUKAN YANG TERBAIK – ARSENE WENGER

Arsene Wenger mengesa pemain-pemainnya kembali berpijak di bumi nyata selepas dikecewakan oleh Queens Park Rangers (QPR) 2-1 di Loftus Road, Sabtu lalu. Pengendali Arsenal itu turut menyalahkan anak-anak buahnya yang beraksi di bawah tahap sebenar di Loftus Road meskipun telah menampilkan aksi yang mengagumkan sepanjang bulan Ferbruari dan Mac lalu dengan merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Wenger jelas kecewa dengan persembahan pemain-pemain Arsenal kerap melakukan kesilapan dan gagal mengawal bola dengan baik. Malah QPR yang berada di zon penyingkiran menampilkan aksi yang lebih kemas dan tersusun sememangnya layak untuk memenangi perlawanan tersebut. Wenger turut menghambur pujian buat Adel Taarabt, perancang tengah QPR kelahiran Maghribi yang seringkali mengucar-kacir pertahanan Arsenal dan turut berjaya menjaring gol pembukaan buat QPR.

“Dia (Taarabt) pemain yang berbakat dan menyerlahkan bakatnya seperti yang disaksikan oleh semua. Namun, dia perlu mengekalkan konsistensi dalam setiap perlawanan untuk lebih berjaya,” kata pengurus Arsenal itu.

Sementara itu, Wenger mahu pemain-pemain Arsenal melupakan kekalahan kepada QPR dan kembali fokus untuk pertemuan menentang Manchester City di Stadium Emirates hujung minggu nanti. Dia mahu pemain menjadi setiap perlawanan adalah satu permulaan dan tidak terlalu tertekan dengan kekalahan yang dialami oleh Arsenal. Pengurus Arsenal ini juga turut mengulas mengenai keadaan padang di Loftus Road yang tidak cukup bagus untuk permainan bola sepak dan turut menganggu rentak permainan Arsenal.

Arsene Wenger tidak meletakkan punca kekalahan itu ke atas bahu pemain pertahanan yang telah melakukan kesilapan memberikan dua gol buat kepada QPR sebaliknya satu pasukan perlu bertanggungjawap di atas kekalahan tersebut. Arsenal jelas gagal untuk mengawal tempo perlawanan dan momentum prestasinya cemerlangnya sebelum ini.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Ulasan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply