[INFO] ROBIN VAN PERSIE MENYAMAI REKOD JARINGAN LIGA PERDANA INGGERIS

Penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie berjaya menjaringkan gol ke-27 dalam Liga Perdana Inggeris musim ini setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-9 menyaksikan Arsenal menewaskan Wolverhampton Wanderers 3-0 semalam. Jaringan ke atas Wolves tersebut merupakan pasukan ke-17 yang berbeza sepanjang musim ini sekaligus menyamai rekod yang dilakukan oleh Andy Cole (1993/94), Alan Shearer (1995/96) dan Ian Wright (1996/97).

Musim ini hanya dua pasukan sahaja yang gagal dibolosi oleh Robin van Persie iaitu Manchester City dan Fulham.

Kali terakhir kapten Arsenal ini menjaringkan gol menentang Fulham ialah pada perlawanan terakhir musim lalu. Musim ini, hanya Robin van Persie seorang sahaja penyerang yang berjaya menjaringkan gol di laman sendiri dan di tempat lawan ketika menentang Manchester United.

Penyerang kelahiran Belanda ini turut mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris diikuti penyerang Man United, Wayne Rooney yang mencatatkan 22 manakala penyerang Man City, Sergio Aguero menjaringkan 19 gol setakat ini dengan saingan berbaki 5 perlawanan. Robin van Persie turut menjaringkan 34 gol dalam semua kejohanan musim ini.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Informasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply