[INFO] DAVID DEIN – PEMANGKIN KEJAYAAN ARSENAL

David Dein merupakan antara nama yang tidak asing bagi pembangunan Arsenal menjadi kelab yang moden dan disegani di peringkat Eropah. Bekas naib pengerusi Arsenal FC dan naib pengerusi FA England ini dilahirkan 7 September 1943. Beliau juga merupakan presiden G-14 gabungan kelab-kelab bola sepak Eropah (Oktober 2006–May 2007) dan menjadi anggota pelbagai jawatankuasa dalam FIFA dan UEFA termasuk Jawatankuasa Pertandingan Kelab UEFA dan Jawatankuasa Eksekutif.

Namun, David Dein telah menjual pegangan sahamnya dalam Arsenal FC kepada syarikat milik jutawan Russia yang berpengkalan di London, Red & White Holdings dan turut menjadi antara individu penting dalam jawatankuasa yang mewakili England membida hak penganjuran Piala Dunia 2018.

PENGLIBATAN BERSAMA ARSENAL

David Dein menjadi naib pengerusi Arsenal FC dari 1983 hingga 2007 selepas membeli 16.6% syer kelab dengan harga £292,000 (kemudiannya menjual kepada Danny Fizmann, saah seorang ahli lembaga pengarah) digambarkan oleh pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood sebagai seorang yang gila kerana melabur ke dalam Arsenal.

Beliau kemudiannya meningkatkan syernya sehingga 42% pada 1991 merupakan individu yang bertanggungjawap dalam urusan kelab serta memainkan peranan aktif dalam urusan perpindahan pemain dan urusan tawaran kontrak menerusi jaringan luasnya dalam dunia bola sepak.

Beliau merupakan individu bertanggungjawab ke atas perlantikan Arsene Wenger selaku pengurus Arsenal 1996 (Arsene Wenger kurang dikenali di Eropah ketika itu) yang berjaya membimbing Arsenal menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana dan 4 kali kejuaraan Piala FA. Dein juga mempengaruhi dalam keputusan Arsenal untuk menjadikan Highbury stadium berkapasiti penuh tempat duduk dan bertanggungjawab kepada system bon yang membiayai pembangunan Highbury North Bank dan Clock Terrace (menjadi berkapasiti penuh tempat duduk). Ini berkesinambungan daripada bencana Hillsborough hasil laporan Lord Justice Taylor yang menggesa semua kelab di dalam Liga Perdana Inggeris untuk menyediakan stadium berkapasiti tempat duduk penuh.

Kemasukan Arsenal ke dalam G-14, gabungan kelab bola sepak utama Eropah pada 2002 diusahakan David Dein yang kemudiannya dilantik sebagai presiden Oktober 2006. Di samping itu, Dein turut menyokong pembabitan dan pembangunan wanita dalam bola sepak sekaligus dilantik selaku presiden Arsenal Ladies Football Club yang berjaya tampil selaku kelab bola sepak wanita yang paling berjaya di England.

Legasi David Dein bersama Arsene Wenger telah berjaya membantu mentransformasi kelab di dalam dan luar padang sehingga Arsenal menjadi kelab contoh di seluruh dunia dari pelbagai aspek. David Dein adalah individu bertanggungjawab ke atas perlantikan Arsene Wenger selaku pengurus Arsenal. Selepas pemecatan George Graham pada Februari 1995, beliau cuba meyakinkan rakan-rakan dalam lembaga pengarah untuk melantik Arsenal Wenger selaku pengendali Arsenal.

Namun, lembaga pengarah keberatan untuk melantik pengurus berbangsa Perancis yang kurang dikenali pada ketika itu mengurus kelab Nagoya Grampus di Jepun sebaliknya memilih Bruce Rioch mengisi kekosongan jawatan pengurus Arsenal. Setahun kemudian, Bruce Rioch dipecat dan Dein sekali lagi mengusul nama Arsene Wenger selaku pengurus Arsenal yang baru.

Usaha beliau meyakinkan lembaga pengarah berjaya dan  Arsene Wenger telah dilantik selaku pengurus Arsenal pada 1 Oktober 1996. Kejayaan David Dein membawa Arsene Wenger ke Highbury berjaya dalam transformasi dan menjulang Arsenal menjadi antara kelab-kelab elit dalam saingan di Eropah.

David Dein berpendapat bola sepak Inggeris sedikit ketinggalan berbanding liga-liga Eropah yang lain dan merasakan Liga Inggeris tidak mahu menggunakan kaedah baru untuk lebih maju ke hadapan. Beliau yakin Arsene Wenger adalah individu yang akan membantu Arsenal ke hadapan dengan menggunakan kaedah baru dan mengubah cara permainan yang berasaskan teknik dan kepantasan seperti yang diadaptasi dalam bola sepak Eropah.

Beliau bertanggungjawap dalam menyakinkan pemain-pemain hebat untuk menyertai Arsenal. pada September 1991, Dein berjaya membantu The Gunners mendapatkan Ian Wright daripada Crystal Palace dengan harga £2.5 juta.

Selain itu, beliau juga turut terbang ke Milan buat pertama kali dalam sejarah Arsenal untuk mendapatkan tandatangan bintang antarabangsa Belanda, Dennis Bergkamp dengan harga £7.5 juta dari Internazionale. Tahun berikutnya, David Dein terus mengunakan pengaruhnya dan bertanggungjawab pemain-pemain seperti Patrick Vieira, Thierry Henry, Davor Suker, Robert Pires, Sol Campbell, Gilberto, Gael Clichy, Kolo Toure, Cesc Fabregas and Robin Van Persie yang menjadi nadi kepada kejayaan Arsenal.

PENJUALAN SYER DALAM ARSENAL

Arsenal FC menyatakan David Dein telah meninggalkan kelab serta-merta pada 18 April 2007 selepas berlaku perselisihan pendapat antara dirinya dengan rakan-rakan lembaga pengarah yang lain. Hal ini dipercayai berkait rapat dengan isu pengambil alihan kelab oleh pelabur luar lantaran Arsenal sedang menanggung hutang yang tinggi ekoran pembinaan stadium baru Arsenal yang besar dan serba moden. Ahli lembaga pengarah yang lain dikatakan telah menandatangani perjanjian bersama untuk tidak menjual syer mereka selama setahun dan kemudiannya mereka menyata hasrat untuk terus mengekalkan syer untuk suatu tempoh masa yang lebih lama sekaligus membunuh hasrat Dein untuk membawa massuk pelabur baru ke dalam Arsenal.

David Dein telah menjual syernya dalam kelab berjumlah 9,702 syer (14.9%) bernilai £75 juta kepada Red & White Holdings, syarikat pelaburan milik jutawan logam Russia, Alisher Usmanov dan rakan niaganya, Farhad Moshiri pada Ogos 2007. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai pengerusi Red & White namun tidak dilantik ke lembaga pengarah. Pada September 2008, Dein meletak jawatan sebagai pengerusi Red & White demi memperbaiki hubungan Arsenal dengan Red & White.

PEMERGIAN DARI ARSENAL

Pemergian David Dein dari Arsenal telah mendapat reaksi yang kuat daripada individu-individu utama di dalam kelab. Arsene Wenger mengambarkan ia sebagai satu hari yang menyedihkan bagi kelab dan turut ingin melepaskan jawatan pengurus Arsenal sebagai tanda sokongan kepada sahabatnya. David Dein memberitahu Wenger agar tidak meletak jawatan kerana kelab akan terjejas dengan teruk sekiranya Arsene Wenger melepaskan jawatannya.

Arsene Wenger dilaporkan berkata “Ia merupakan satu kekecewaan besar kerana kami mempunyai kerjasama yang erat, David (Dein) telah menyumbang yang besar kepada kejayaan ini sejak 10 tahun lepas malah lebih dari itu. David Dein diperlukan dalam bola sepak kerana beliau telah merevolusi kelab Arsenal dan bola sepak Inggeris dan memiliki kualiti yang tinggi.”

Bekas wira Arsenal, Ian Wright menceritakan mengenai pemergian David Dein, “Saya tahu Thierry Henry dan para pemain tidak gembira (dengan pemergian Dein). Kita bercakap mengenai seorang individu (Dein) yang pergi ke bilik persalinan selepas setiap perlawanan, bersalam dengan setiap pemain kelab dan mengenali setiap pemain-pemain muda dalam kelab.”

“Saya tahu fakta bahawa pengurus dan para pemain berada dibelakang Dein seratus peratus dan saya lihat implikasi yang akan timbul dari perkara ini,” kata Ian Wright lagi. Thierry Henry dikatakan kehilangan semangat dan yakin masa untuk meninggalkan Arsenal sudah tiba ekoran pemergian David Dein selaku naib pengerusi Arsenal.

PERANAN DI FA ENGLAND

David Dein diundi untuk menganggotai lembaga pengarah Jawatankuasa Pengurusan Liga Bola Sepak pada 1986 seterusnya mendapat tempat dalam Majlis FA England. Beliau kemudiannya dilantik menjadi naib pengerusi FA England pada 2000 hingga 2004 dan dilantik semula ke lembaga pengarah FA England sebagai wakil kepada Liga Perdana FA sehingga 2 Jun 2006 yang digantikan oleh David Gill, CEO Manchester United. Penyingkiran Dein dari FA ekoran berita BBC yang perlanggaran undang-undang FIFA semasa perpindahan dan pinjaman dengan Beveren dari Belgium.

Pada 30 Jun 2006, FIFA mengeluarkan kenyataan bahawa tidak bukti yang mengaitkan Dein perlanggaran undang-undang FIFA selepas penyiasatan rapi yang dilakukan sekaligus dilantik semula ke FA England. David Dein juga merupakan bekas perwakilan Liga Perdana FA ke komuniti pertandingan bagi kelab-kelab UEFA serta ahli Majlis FA England yang terpaksa melepas jawatan ekoran tuduhan tersebut.

David Dein juga merupakan salah seorang arkitek penjenamaan semula Liga Perdana Inggeris pada 1992, yang membentuk semula struktur dan kewangan kelab-kelab Inggeris. Beliau telah bersungguh-sungguh membantu metamorphosis bola sepak Inggeris daripada sukan yang bergelut dalam industri bernilai jutaan ringgit. Dein dilaporkan telah berkata, “Saya merasakan bola sepak ibarat seperti raksasa yang sedang tidur dan mempunyai laluan yang masih panjang. Setelah melihat bagaimana orang Amerika menguruskan sukan mereka, khususnya American football, besbol dan bola keranjang, saya merasakan kita ketinggalan sangat jauh.”

PENGLIBATAN DALAM GABUNGAN G-14

David Dein dilantik sebagai presiden G-14 pada Oktober 2006 telah menggunakan kedudukan dan masanya untuk mengendurkan tekanan dalam hubungan antara kelab dan Negara dengan menjalinkan hubungan baik antara kelab dan badan bola sepak dunia seperti UEFA dan FIFA. Ketika itu, berlaku perbalahan dalam urusan pelepasan pemain untuk perlawanan antarabangsa. Pada hari perlantikannya sebagai presiden G-14, Dein menyatakan, “Saya dapat melihat penyelesaian antara semua pihak dalam masa 12 bulan.” Beliau menyatakan yang beliau dan Juan Laporta, presiden Barcelona telah mengadakan pertemuan dengan FIFA dan UEFA. Beliau turut menafikan adanya perbincangan mengenai ‘liga super’ di mana kelab-kelab utama bertanding di luar format Liga Juara-Juara.

SELEPAS MENINGGALKAN ARSENAL

David Dein tetap aktif dalam hal-hal bola sepak selepas meninggalkan Arsenal dengan berterusan menghadiri perlawanan Arsenal dan menghadiri dikebanyakan pertandingan antarabangsa sebagai tetamu kepada UEFA dan FIFA. Beliau terus memberikan pandangan tentang masa depan bola sepak di serata dunia sama ada dalam temuramah  atau seminar dan banyak terlibat dalam perbincangan terbuka.

Antara topik yang disentuh termasuklah pemilikan kelab oleh pelabur asing, aspek kewangan dan hutang di dalam kelab, penggunaan teknologi di garisan gol, pembangunan pemain-pemain remaja dan pembangunan bola sepak wanita.

Pada Mac 2009, beliau berucap pada Parlimen Eropah di Brussels menggesa FIFA supaya membatalkan peraturan 6+5 dengan menyatakan pemain-pemain sepatutnya dipilih oleh kelab berdasarkan bakat, bukannya berdasarkan kerakyatan. Beliau menyeru agar kelab-kelab dibenarkan membeli bakat-bakat muda dari luar dengan menyatakan bakat-bakat muda yang dinafikan peluang untuk mendapat latihan untuk pembangunan pemain-pemain muda.

PERANAN DALAM BIDAAN PIALA DUNIA 2018

Pada Februari 2010, David Dein telah dilantik sebagai presiden antarabangsa untuk bidaan England ke atas Piala Dunia 2018 dan bertanggungjawap untuk melobi ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA yang akan memilih negara yang akan menganjurkan Piala Dunia 2018 ekoran pasukan pembida menghadapi masalah. Lembaga pembida telah dianggotai oleh sebilangan ahli politik dan tokoh ternama dilihat kekurangan pakar bola sepak sejati seperti David Dein.

Pengalaman Dein yang luas dalam bola sepak dan memiliki hubungan dengan peringkat tertinggi sangat penting bagi meningkatkan peluang England untuk menenangi bidaan. David Dein nyata gembira dengan perlantikannya itu, “saya sangat gembira untuk terlibat di dalam pasukan bidaan Piala Dunia 2018 dan 2022. Setelah 25 tahun pengalaman di dalam bola sepak England, Eropah dan dunia, ini adalah cabaran yang tidak dapat saya tolak. Sekarang, usaha keras kita bermula.”

David Dein menghabiskan masa yang banyak bertemu dengan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA semasa Piala Dunia 2010 untuk meningkatkan peluang England terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018. Beliau menghadiri lebih daripada 30 perlawanan bola sepak ketika itu dan keyakinannya dalam arus politik arus bola sepakmenjadi asset terbesarnya. Di dalam dunia bola sepak, Dein juga dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka dan telah berkata semasa pembentangan untuk bidaan England untuk Piala Dunia 2018 di mana beliau diberi masa 12 minit dan Dein berjena dengan berkata, “Kali terakhir saya melakukannya dalam 12 minit ialah ketika berusia 18 tahun.”

KEHIDUPAN PERIBADI DAVID DEIN

David Dein tinggal di Totteridge dan telah berkahwin dengan isterinya, Barbara selama 38 tahun dengan mempunyai 3 anak dan 4 orang cucu. Anak David Dein, Darren yang merupakan seorang peguam menjadi pengapit semasa perkahwinan Thierry Henry. Selain itu, David Dein juga merupakan pengerusi kepada Theatre Investment Fund di England.

This entry was posted in Informasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply