[EPL] ARSENAL MENANTI KUNJUNGAN MAN CITY DI EMIRATES

Perlawanan penuh debaran dengan aksi berbalas serangan bakal ditampilkan dalam pertembungan Arsenal menentang Manchester City di Emirates malam ini. ‘The Gunners’ bakal beraksi penuh semangat untuk memunggut tiga mata bagi merampas kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris sementara ‘The Citizens’ pula terdesak untuk memburu kemenangan bagi mengurangkan jurang mata dengan Manchester United. Perlawanan ini bakal menyaksikan kepulangan dua bekas pemain Arsenal, Samir Nasri dan Gael Clichy ke Emirates buat pertama kali sejak berhijrah ke Eastland musim panas lalu.

Arsene Wenger bakal menurunkan skuad yang sama ketika dikejutkan dengan kekalahan kepada Queens Park Rangers minggu lalu kecuali Ramsey yang disisihkan dan memberi  laluan buat bintang muda England, Oxlade-Chamberlain beraksi. Sementara itu, Jack Wilshere kembali menjalani latihan penuh dan dijangka bakal diturunkan dalam tempoh dua minggu lagi. Abou Diaby dan Francis Coquelin pula yang mengalami kecederaan hamstring turut diketepikan manakala Per Mertesacker dan Frimpong bakal terlepas aksi sepanjang musim ini.

Manchester City pula bakal menerima kembali khidmat Sergio Aguero yang mengalami kecederaan buku lali semasa aksi menentang Sunderland hujung minggu dan Joleon Lescott yang mengalami masalah groin. Manakala Samir Nasri dan Micah Richard turut kembali menjalani latihan untuk menentang Arsenal di Emirates.

Arsenal pastinya mengharapkan sentuhan penyudah penyerang prolifik kelahiran Belanda, Robin van Persie yang bergandingan bersama dua pemain sayap England, Theo Walcott dan Oxlade-Chamberlain. Selain itu, Rosicky pula diberi kepercayaan selaku ‘playmaker’ untuk mencipta ruang buat jentera serangan di bantu oleh Mikel Arteta dan Alex Song. The Gunners perlu mengasak pertahanan tengah terutamanya Lescott bagi memburu gol. Robin van Persie perlu diberi ruang yang secukupnya untuk merobek benteng City.

Sementara itu, Manchester City dihimpit tekanan untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas tercicir empat mata selepas seri dua perlawanan terakhir menyaksikan Man United kembali merampas tahta liga dari Man City. Skuad bimbingan  Roberto Mancini dilaporkan mengalami pergolakan dalam semasa aksi menentang Sunderland.

Namun, kelibat pemain sayap Sepanyol, David Silva dan bekas pemain Arsenal bakal perlu dirantai oleh Arteta dan Alex Song  yang bakal memberi ancaman menerusi gerakan lincah dan pantas. Kekalahan City kepada Arsenal malam ini akan menutup ruang buat mereka merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris meskipun perlawanan berbaki enam perlawanan. Kehadiran Carlos Tevez yang dijangka bakal turun sebagai pemain gantian bakal memberi ancaman kepada kubu Arsenal.

BARISAN KEMUNGKINAN

Pengadil : Martin Atkinson

Ramalan : Arsenal (3) vs Man City (2)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal berjaya memenangi 7 kali dari 8 perlawanan di Stadium Emirates.
  • Manchester City berjaya menewaskan Arsenal dua kali musim ini di Stadium Etihad ketika saingan suku akhir Piala FA dan perlawanan ke-16 Liga Perdana Inggeris, kedua-duanya dengan keputusan 1-0.
  • Dua pertembungan terakhir di Emirates menyaksikan keputusan berakhir dengan seri 0-0.
  • Arsenal berjaya memenangi tujuh perlawanan berturut-turut sebelum tewas kepada QPR hujung minggu lalu.
  • Kali terakhir Man City memenangi perlawanan di Emirates dalam saingan liga pada 4 Oktober 1975 di mana City menjaringkan 9 gol dalam 26 kunjungan ke Arsenal.
  • Robin van Persie bakal menjadi pemain keempat (selepas Andy Cole-1993/94, Alan Shearer-1995/96 dan Ian Wright-1996/97) yang menjaringkan menentang 17 kelab berbeza semusim dalam Liga Perdana Inggeris jika berjaya menjaringkan malam ini.
  • David Silva menjaringkan 5 gol dan menghasilkan 8 assist sebelum Krismas lalu namun gagal menjaringkan sebarang gol dan sekadar melakukan 4 assist selepas ini sehingga kini.
  • Arsenal gagal menjaringkan sebarang gol dalam 5 perlawanan dalam 6 pertemuan terakhir dalam semua kejohanan.
  • Bacary Sagna bakal melakukan kemunculan ke-200 bersama Arsenal jika turun beraksi malam ini.
  • Aleksandar Kolorov, pemain bek kiri City melakukan 16 hantaran lintang dalam perlawanan hujung minggu lalu, kurang satu dibelakang pemain sayap Wolves, Matt Jarvis yang melakukan Newcastle Oktober lalu.
This entry was posted in Pra-Perlawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply