[EPL-33] ARSENAL PULANG CERIA DARI STADIUM MOLINEUX

Arsenal yang masih segar dengan kejayaan menundukan kelab milik jutawan minyak, Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan lalu bertandang ke Stadium Molineux dengan penuh harapan memungut tiga mata sekaligus melebarkan jurang dengan Spurs dan Newcastle kepada lima mata. Sematara itu, Chelsea dan Spurs keciciran mata menyaksikan kedudukan Arsenal di tangga ketiga semakin kukuh. Wolves pula kini berada didasar liga dan semakin hampir untuk disingkirkan ke Liga Divisyen Satu musim hadapan.

Arsene Wenger terus meletakkan harapan kepada Robin van Persie yang gagal menjaringkan sebarang gol sejak 4 perlawanan lalu bergandingan bersama Theo Walcott dan Yossi Benayoun. Pemain terbaik Arsenal bulan Mac lalu, Rosicky direhatkan menyaksikan Ramsey kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama bergandingan bersama Arteta dan Song di bahagian tengah padang. Sementara itu, Djourou kembali diturunkan mengantikan Koscielny yang digantung 2 perlawanan ekoran menerima 5 kad kuning untuk bergandingan bersama-sama Vermaelen, Sagna dan Santos.

Gandingan penyerang Arsenal bermula garang mengasak benteng Wolves sebaik perlawanan bermula. Malam duka Wolves bermula tatkala pemain pertahanan, Sebastien Bassong yang dilayangkan kad merah pada minit ke-8 kerana menjatuhkan Walcott dalam kotak penalti yang menerima hantaran lambung cantik dari Robin van Persie. Kapten Arsenal ini mudah menewaskan Henessey untuk gol pertama Arsenal. Dua minit kemudian, keserasian Robin van Persie dan Walcott terus memberi masalah buat pertahanan Wolves apabila hantaran satu dua mudah disempurnakan Walcott untuk gol kedua Arsenal.

The Gunners terus mendominasi perlawanan dengan kelibat Walcott sering mengancam kubu Wolves. Namun, Wolves yang sekali sekala menyerang nyaris meperoleh gol namun tandukan Christoph Berra pada minit ke-23 sedikit tersasar. Robin van Persie hampir menambah gol ketiga Arsenal pada minit ke-36 namun penjaga gol Wolves berjaya menafikan. Arsenal terus mengasak gawang Wolves namun percubaan Ramsey pada minit ke-51 berjaya dihalang oleh pertahanan Wolves manakala rembatan Robin van Persie pada minit ke-57 melewati palang.

Peluang terbaik Wolves menjaringkan menerusi tandukan Doyle namun Szczesny nemapilkan aksi cemerlang menafikan pada minit ke-60. Arsenal akhirnya berjaya menambah gol ketiga menerusi Benayoun yang melakukan rembatan dari jarak 25 meter menewaskan Hennessy pada minit ke-68. Yossi Benayoun hampir menambah gol peribadi keduanya tetapi berjaya dinafikan oleh penjaga gol Wolves.

Ramsey turut nyaris menambah gol keempat Arsenal setelah menerima hantaran dari Robin van Persie namun rembatannya berjaya dinafikan oleh Hennessy pada minit ke-82. Arsenal seharusnya dihadiahkan sepakan penalti kedua setelah Milijas menjatuhkan Ramsey dalam kotak penalti namun dinafikan oleh pengadil pada mini ke-84. Nenad Milijas nyaris menjaringkan gol saguhati tuan rumah namun Szczesny terus mempamerkan kecemerlangan menafikan rembatan pemain tengah kelahiran Serbia itu.

Kedudukan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Arsenal terus kukuh di posisi ketiga 5 mata dihadapan perncabar terdekat Newcastle United dan Tottenham Hotspurs yang berkongsi 59 mata. Keseluruhan, perlawanan tampak seimbang namun Arsenal lebih mempamerkan ketajaman sentuhan penyudah untuk menjaringkan tiga gol. Pertahanan arsenal pula tampak kurang diuji namun sering terperangkap dengan serangan-serangan balasa dari Wolves. Wolves turut memanfaatkan kelebihan pemain-pemainnya yang mampu meledak jaringan menerusi rembatan jarak jauh.

MAN OF THE MATCH : THEO WALCOTT

This entry was posted in Ulasan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply