[CORETAN] ARSENAL ADALAH KELAB TERAKHIR SAYA – MIKEL ARTETA

Mikel Arteta merupakan antara nadi kekuatan di bahagian tengah Arsenal musim ini selepas pemergian Cesc Fabregas dan Samir Nasri. Bekas pemain tengah Everton ini menyertai Arsenal pada musim panas lalu dengan £10 juta semakin menampilkan keserasian bersama skuad Arsenal musim. Arteta turut menjadi pemain kedua terbanyak melakukan hantaran sempurna dalam Liga Perdana Inggeris sebanyak 1,792 (90.5%) selepas bintang Man City, Yaya Toure.

Pemain berusia 30 tahun ini telah menandatangai kontrak selama 4 tahun bersama Arsenal denga berikrar akan memberikan komitmen 100% bersama The Gunners. Pemain kelahiran Sepanyol ini pernah beraksi bersama Glasgow Rangers (Scotland) dan Real Sociedad (Sepanyol) sebelum berhijrah ke Goodison Park pada Januari 2005.

Lantaran usia yang sudah mencecah 30 tahun, karier bola sepak Arteta kian sampai ke penghujungnya. Pemain kelahiran Sepanyol itu menegaskan dia sentiasa komited bersama skuad Arsenal dan mahu mengakhiri karier bola sepaknya bersama Arsenal.

“Saya menumpukan perhatian untuk menikmati karier saya dalam bola sepak dan saya tidak tahu bila saya akan bersara,” beritahu Arteta kepada ‘London Evening Standard’.

“Jika anda memberitahu saya 10 tahun lalu di mana saya akan bermain 4 atau 5 negara berbeza, saya tidak akan mempercayai kamu.”

“Saya mahu menamatkan karier bola sepak saya bersama Arsenal kerana saya gembira berada di sini dan saya rasa kelab ini sangat sesuai dengan kehidupan dan cita-cita saya,” kata Arteta lagi.

Sumber : www.arsenalhf.com

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply