[BULETIN] URUSAN DALAMAN KEUTAMAAN SAYA – WENGER

Arsene Wenger menyatakan bahawa dia kini lebih fokus dalam urusan pada musim panas nanti yang melibatkan pembelian pemain dan proses menandatangani perjanjian baru dengan pemain-pemain lama. Pengurus Arsenal itu menegaskan dia tidak akan menambah kuantiti pemain sebaliknya menambah kualiti pemain dalam skuad bimbingannya sebelum musim hadapan bermula.

Wenger turut memaklumkan yang dia dalam proses untuk mengekalkan pemain utama Arsenal seperti Robin van Persie dan Theo Walcott yang bakal tamat kontrak bersama Arsenal tidak lama lagi. Pengurus berbangsa Perancis ini juga mahu menyelesaikan semua perbincangan mengenai masa depan pemain di Emirates sebelum sepak mula kejohanan EURO 2012 pada Jun nanti.

“Sebahagian besar urusan sudah bermula dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi,” kata pengurus Arsenal itu.

“Dan kami pasti akan menyelesaikannya sebelum kejohanan EURO 2012 bermula. Kami (Arsenal) bakal mendapat kembali khidmat pemain seperti Jack Wilshere dan Abou Diaby tidak lama lagi di samaping pemain-pemain yang sedia ada seperti Arteta, Rosicky, Ramsey, Walcott, Gervinho, Song, Coquelin, Chamberlain dan lain-lain lagi.”

“Namun perkara yang paling penting ialah memastikan pemain yang benar-benar cergas dan bebas dari kecederaan dan berharap mereka dapat menyertai kejohanan EURO  2012 dengan menimba pengalaman yang positif sepanjang kejohanan,” kata Arsene Wenger lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply