[BULETIN] TOMAS ROSICKY DIPILIH SEBAGAI PEMAIN BULANAN EA SPORTS

Tomas Rosicky telah dipilih sebagai Pemain Bulanan Terbaik EA SPORT bagi bulan Mac berdasarkan prestasi cemerlangnya sepanjang bulan lalu. Kapten skuad kebangsaan Republik Czech menerima undian sebanyak 34% mengenepikan pemain sayap England, Theo Walcott di tempat kedua dengan 25.3% manakala Thomas Vermaelen berada di tempat ketiga dengan 10.3%.

Tomas Rosicky menjadi pilihan utama Arsene Wenger untuk mengemudi jentera tengah Arsenal setelah sering diketepikan sejak beberapa musim yang lalu. Pemain berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak selama dua untuk terus kekal di Emirates. Rosicky mempamerkan prestasi yang cemerlang menjadi nadi kebangkitan Arsenal dan detik paling diingati apabila dia menjaringkan gol kedua ketika Arsenal membenam AC Milan 3-0 pada 6 Mac lalu.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply