[BULETIN] SAYA MAHU KEKAL DI ARSENAL – MAROANE CHAMAKH

Marouane Chamakh menyertai Arsenal pada 1 Julai 2010 dari kelab Ligue 1 , Bordeaux  secara percuma berjaya menampilkan aksi yang memberansangkan apabila menjaringkan 9 dari 16 dalam perlawanan pada musim pertamanya bersama Arsenal. Namun kini, penyerang kelahiran Maghribi tertekan ekoran spekulasi yang kian meningkat bahawa dia akan dijual pada perpindahan musim panas nanti selepas sering diketepikan dari skuad utama Arsenal.

Penyerang berusia 28 tahun ini memberitahu ketika ditemubual oleh majalah berbahasa Perancis, Onze baru-baru ini : “Adakah saya akan kembali ke Bordeaux? Untuk ketika ini, tidak. Saya sudah bercakap dengan Wenger dan saya akan kekal di Arsenal. Saya merasakan dia (Wenger) yakin terhadap hasil kerja (prestasi) saya dan akan merebut peluang untuk berada dalam skuad utama.”

“Saya meninggalkan Bordeaux untuk meningkatkan prestasi selaku seorang pemain bola sepak dan saya fikir saya boleh terus bersama kelab ini. Agen saya telah menerima arahan menolak semua bidaan dan tawaran dari mana-mana kelab kerana saya mahu membuktikan saya masih berguna untuk ‘The Gunners’,” kata penyerang antarabangsa Maghribi itu.

Baru-baru ini, media telah menyiarkan sekeping gambar Marouane Chamakh dan rakan senegaranya, Adel Taarabt memegang paip shisha mencetuskan sedikit kontroversi disebalik kekalahan Arsenal kepada QPR hujung minggu lalu.  Namun Chamakh diberi harapan oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger untuk melihat ke hadapan mengenai karier bola sepaknya di Arsenal.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply