[BULETIN] ARSENAL BAKAL BERKUNJUNG KE MALAYSIA LAGI JULAI NANTI

Arsenal bakal kembali ke Kuala Lumpur dalam jelajah pra-musimnya menentang pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Julai 2012.Pengumunan ini dibuat setelah sambutan yang hebat oleh penyokong-penyokong Arsenal di Malaysia pada kunjungan tahun lalu menyaksikan lebih 60,000 penonton menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kuala Lumpur menjadi venue pertama dalam jelajah Asia sebelum berkunjung ke Beijing dan Hong Kong.

Kunjungan ini merupakan yang kelima bagi Arsenal sejak kali pertama pada 1960. Dalam perlawanan tahun lalu menyaksikan Arsenal menewaskan Malaysia 4-0 hasil jaringan Aaron Ramsey minit ke-5 (pen), Theo Walcott minit ke-37, Carlos Vela minit ke-58 dan Tomas Rosicky minit ke-90 yang turut disertai oleh peminat-peminat Arsenal dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand, dan lain-lain lagi.

Skuad Arsenal dijangka tiba di Kuala Lumpur dan menjalani sesi latihan terbuka di Stadium Bukit Jalil pada 23 Julai yang meyaksikan lebih 30,000 hadir menyaksikannya tahun lalu. Skuad bimbingan Arsene Wenger ini bakal turun beraksi menentang pasukan pilihan Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Julai di mana sepak mula dijangka pukul 9.45 malam.

Ketua Pengawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berkata : “Ini merupakan kesinambungan dari kunjungan kami (Arsenal) ke Kuala Lumpur pada tahun lalu di mana semua yang terlibat sangat teruja dan gembira untuk mengunjung Malaysia tahun ini.”

“Kami cukup gembira dengan penyokong-penyokong setia Arsenal di Malaysia dan negara-negara jiran dan mereka berpeluang untuk menonton aksi Arsenal di depan mata sekali lagi. Kami melalui detik-detik yang hebat di Malaysia tahun lalu dan sentiasa memandang ke hadapan mengenai kunjungan Arsenal dan berharap agar semua pihak bergembira pada Julai nanti.”

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nyata gembira dengan kunjungan Arsenal ke Malaysia di mana dapat memberi pendedehan kepada pemain-pemain kebangsaan beraksi dengan pasukan berkelas dunia. Kehadiran Arsenal juga turut menarik kehadiran pelancong-pelancong asing dan penyokong Arsenal dari negara jiran untuk melihat aksi Arsenal dengan lebih dekat.

“Malaysia sangat bergembira dan besar hati kerana Arsenal akan melawati negara ini untuk dua tahun berturut-turut,” kata Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM.

“Arsenal adalah sebuah kelab yang besar dan mereka mempunyai seorang pengurus bertaraf dunia yang percaya kepada pemain-pemain mereka dan cara mereka bermain dan itulah mengapa mereka adalah salah satu pasukan utama Liga Perdana Inggeris.”

Jelajah Asia itu dianjurkan oleh Kumpulan ProEvents yang pakar dalam mengendalikan jelajah-jelajah kelab-kelab bola sepak dengan memiliki pengalaman selama dua puluh tahun. Maklumat lanjut mengenai perlawanan dan butir-butir tiket akan diumumkan pada tarikh akan datang.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin. Bookmark the permalink.

Leave a Reply