[ANALISIS] AARON RAMSEY MASIH RELEVAN DALAM SKUAD UTAMA ARSENAL

Aaron Ramsey sering dikritik hebat lantaran gagal menampilkan aksi yang konsisten musim ini. Pemain tengah kelahiran Wales ini menyertai Arsenal ketika berusia 18 tahun dari Cardiff City dengan yuran perpindahan bernilai £5 juta merupakan antara pemain muda Arsenal yang berbakat besar. Sebilangan besar  penyokong Arsenal menganggap kapten skuad kebangsaan Wales ini adalah punca kepada prestasi tidak konsisten Arsenal yang menyumbang kepada kekalahan pasukan musim ini namun Ramsey merupakan  antara bintang baru Arsenal dalam pembikinan.

Aaron Ramsey berjaya menampilkan aksi yang cemerlang pada musim pertama beraksi bersama Arsenal dengan menghasilkan 4 gol dan 3 assist dalam 29 perlawanan sebelum mengalami mimpi ngeri yang hampir menoktahkan karier bola sepaknya apabila tulang kaki kanannya (tibia dan  fibula) patah akibat diterjah oleh pertahanan Stoke City, Ryan Shawros pada 27 Februari 2010. Sekembali dari rehat panjang, Ramsey terus diberi kepercayaan dengan ditawarkan kontrak jangkamasa panjang  oleh Arsenal pada 1 Jun 2010 dan dipilih menjadi kapten skuad kebangsaan Wales termuda dalam sejarah negara itu ketika berusia 21 tahun.

Pemergian Cesc Fabregas ke Barcelona telah membuka ruang yang lebih luas buat Aaron Ramsey menyerlahkan bakat selaku antara pemain tengah yang digeruni. Ramsey gigih untuk memadam memori hitam yang hampir meragut karier bola sepaknya. Pemain Arsenal berusia 21 tahun ini memiliki kemahiran mengelcek yang bagus dan hantaran yang baik namun kerap hilang tumpuan dan kurang keyakinan diri menjadi punca Ramsey gagal untuk menyerlahkan kehebatannya. Selain itu, tekanan yang diletak dibahunya selaku pemain yang mengantikan Cesc Fabregas sedikit sebanyak menambah tekanan lantaran pengalaman yang cetek dan usia yang masih muda.

HANTARAN SEMPURNA

Aaron Ramsey merupakan antara pemain tengah Arsenal yang melakukan peratus hantaran sempurna kedua tertinggi selepas Mikel Arteta dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Musim ini, Ramsey menghasilkan 86.7% dibelakang Arteta dengan 90.5% mengatasi Gervinho (85.4%), Rosicky (85.1%), Chamberlain (84.9%), Alex Song (84.8%), Coquelin (83.5%), Benayoun (80.1%), dan Walcott (79.6%). Hantaran sempurna penting bagi seorang midfielder untuk mengukuhkan kedudukan di tengah padang sekaligus mengawal permainan. Selain itu, Ramsey turut melakukan 58.1 hantaran purata setiap perlawanan berbanding Arteta (78.8), Song (65.1) dan Rosicky (43.3). Malah Ramsey lebih cemerlang dalam melakukan hantaran sempurna berbanding nama besar pemain tengah dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

KEY PASSED

Ramsey sekali lagi menjadi pemain ketiga terbaik Arsenal yang melakukan ‘key passed’ berperanan dalam membantu menjaringkan gol atau membuka ruang dalam melakukan percubaan dengan mencatatkan 1.8 purata setiap perlawanan dibelakang Robin van Persie dengan 2.4 dan Arteta dengan 2.2 sementara Walcott dan Gervinho melakukan 1.3. serta Rosicky melakukan 1.1 key pass secara purata setiap perlawanan. Sementara itu, Ramsey turut mengatasi key pass yang dilakukan oleh pemain-pemain seperti Ashley Young (1.5), Michael Carrick (1.0), Scott Parker (0.8), Gareth Barry (0.9), James Milner (1.2), Steward Downing (1.6), Steven Gerrard (1.2), Jordan Henderson (0.8), Ramires (0.8), Clint Dempsey (1.4) dan lain-lain lagi.

PERCUBAAN TEPAT

Di samping itu, Ramsey juga merupakan seorang pemain yang berani melakukan percubaan jarak jauh dan jarak dekat serta memiliki kekuatan stamina yang baik. Kapten skuad kebangsaan Wales ini turut cemerlang dalam melakukan percubaan dengan purata 1.9 setiap perlawanan dibelakang Robin van Persie yang mencatatkan 4.5 dan Walcott merekodkan 2.4 tetapi berjaya mengatasi Arteta (1.5), Rosicky (1.5), Gervinho (1.5), Vermaelen (1.3), Chamberlain (1.1), dan Alex Song (0.4).

Secara keseluruhan, Aaron Ramsey mendahului pemain-pemain tengah Arsenal dengan merekodkan 52 percubaan dan 17 percubaan tepat dalam 23 perlawanan serta 4 kali masuk selaku pemain gantian. Arteta pula melakukan 12 percubaan tepat dari 39 percubaan dalam 26 perlawanan sementara Alex Song menghasilkan 4 percubaan tepat dari 12 percubaan dalam 27 perlawanan. Sementara itu, Rosicky pula menghasilkan 9 percubaan tepat dari 32 perlawanan dalam 13 perlawanan dan 9 kali selaku pemain gantian menakala Benayoun melakukan 4 percubaan tepat dari 9 percubaan dalam 4 perlawanan dan 9 kali masuk sebagai pemain gantian.

KEBOLEHAN BERTAHAN

Dalam aspek bertahan pula, pemain tengah berusia 21 tahun ini turut mempamerkan persembahan yang memberansangkan bersama Arsenal musim ini. Ramsey telah melakukan 1.7 terjahan bersih dibelakang Alex Song (3), Koscielny (2.8), Arteta (2.6), Gibbs (2.5), Sagna (2.2) namun berjaya mengatasi Mertesacker (1.7), Vermaelen (1.6), Rosicky (1.5), dan Djourou (1.4) purata setiap perlawanan. Sementara itu, Ramsey turut berjaya melakukan 0.9 pintasan secara purata setiap perlawanan manakala Koscielny (2.8), Vermaelen (2.3), Alex Song (2), Arteta (1.9), Sagna (1.9), Mertesacker (1.7), Gibbs (1.6), Rosicky (0.9), Djourou (0.8), Gervinho (0.7) dan lain-lain lagi.

RAMSEY BAKAL PENGANTI FABREGAS

Ramsey memulakan debut secara kompetatif dengan pencapaian yang memberansangkan pada musim 2009/10 apabila mencatatkan 3 gol dan 3 assist dalam 18 perlawanan yang kebanyakannya masuk selaku pemain gantian. Musim berikutnya, Ramsey sering mengalami kecederaan dan diketepikan dalam skuad utama Arsenal sekaligus memberi laluan buat seorang lagi pemain muda berbakat besar Arsenal, Jack Wilshere untuk melakukan debut secara kompetatif dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, bekas pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas yang juga merupakan bekas kapten pasukan Arsenal telah merekodkan 3 jaringan, 11 assist, 80.5% hantaran sempurna, 63.9% hantaran purata setiap perlawanan, 2.8 percubaan setiap perlawanan, 2.9 key pass, 1.6 terjahan dan 1.0 pintasan dalam 22 perlawanan serta 3 kali sebagai pemain gantian pada musim 2010/11.

AARON RAMSEY VS JACK WILSHERE

Skuad Arsenal musim ini juga merasai kehilangan pemain sensasi Arsenal berbakat besar, Jack Wilshere ekoran kecederaan serius semasa perlawanan pra-musim Ogos lalu turut dilabelkan selaku penganti Fabregas untuk mejadi tonggak Arsenal. Namun Aaron Ramsey terlebih dahulu diberi peluang oleh Arsene Wenger diserapkan ke skuad utama dua musim lebih awal berbanding Wilshere secara tidak langsung memberi gambaran bahawa prestasi Ramsey lebih baik berbanding Jack Wilshere.

Pemain muda England berusia 20 tahun ini menampilkan aksi yang membanggakan pada musim pertama bersama skuad utama Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Musim lalu, Jack Wilshere mencatatkan 1 jaringan dan 3 assist dalam 31 perlawanan termasuk 4 kali selaku pemain gantian, 86.1% hantaran sempurna, 54.4% hantaran purata, 1.7 key pass, 1.7 percubaan setap perlawanan, 1.7 terjahan, dan 1.5 pintasan.

AARON RAMSEY BAKAL MENYERLAH

Lantaran itu, persoalan mengapa Aaron Ramsey masih menjadi pilihan utama Arsene Wenger bagi mengemudi jentera tengah bersama Mikel Arteta dan Alex Song dibahagian tengah dan menjana serangan Arsenal musim ini terlerai kini. Analisis dan statistik menunjukan jelas menunjukan Aaron Ramsey masih relavan dan layak untuk berada dalam skuad utama Arsenal. Aaron Ramsey mrupakan pemain tengah kedua terbaik Arsenal selepas Mikel Arteta. Namun, persembahan Ramsey sedikit tengelam dalam saingan peringkat Eropah lantaran kurang pendedahan dan pengalaman yang dimiliki olehnya.

Pemain berusia 21 tahun ini gagal menampilkan aksi yang konsisten musim ekoran diberi tanggungjawab selaku ‘playmaker’ dan sering dilabel penganti Fabregas. Malah, Ramsey musim itu cuba meniru dan mempraktikan cara pemainan yang dipamerkan oleh bekas kapten Arsenal itu sekaligus menjejaskan persembahannya. Lantaran itu, Ramsey perlu kembali bermain mengikut cara dan gaya permainannya bukan meniru gaya Fabregas. Jika kapten skuad kebangsaan Wales ini lebih fokus dan mengekalkan konsistensi setiap perlawanan, tidak mustahil beberapa musim lagi Aaron Ramsey bakal menjadi antara pemain tengah terbaik dalam Liga Perdana Inggeris berbekalkan bakat dan kemahiran yang dimiliki olehnya.

Sumber data : www.whoscored.com

Incoming search terms:

  • Aaron ramsey 2012 analisis
This entry was posted in Informasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply