[ANALISIS] PEMAIN TERBAIK LIGA PERDANA INGGERIS 2011/12 – SENTUHAN PER MINIT

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2011/12 yang kian sampai ke penghujung, kelibat beberapa pemain yang menjadi penyumbang kepada pasukan mereka dalam mencorak permainan dan memberikan kepada kejayaan pasukan berdasarkan sentuhan per minit. Pemain yang memiliki kemahiran dan kawalan bola yang baik penting untuk mencipta ruang dan menjana serangan ke kubu pasukan lawan. Berdasarkan analisis terdapat tga orang pemain yang paling banyak melakukan sentuhan bola per minit secara purata setiap perlawanan iaitu Angle Rangle (Swansea), Yaya Toure (Man City) dan Mikel Arteta (Arsenal).

ANGEL RANGLE (SWANSEA) – 1.11 Sentuhan per Minit

Kelibat pemain kelab Swansea ini pastinya mengejutkan ramai pihak apabila menjadi pemain yang paling banyak melakukan sentuhan bola per minit dengan Rangle melakukan 41% sentuhan bola menjana serangan setiap perlawanan. Pemain kelahiran Sepanyol ini merupakan tonggak dalam mencipta ruang buat penyerang Swansea menjaringkan gol dengan memiliki kawalan bola yang sempurna kecuali perlawanan menentang Blackburn.

Namun, Rangle sekadar menghasilkan satu assist musim ini dan belum mencatatkan sebarang gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Pemain bek kanan berusia 29 tahun ini memiliki kemahiran bertahan yang agak baik apabila melakukan 2.3 terjahan dengan 2.9 pintasan secara purata setiap perlawanan. Rangle mempunyai kemahiran untuk memecah pertahanan lawan dan memiliki 84.1% hantaran sempurna dengan 3.4 purata hantaran jauh setiap perlawanan.

YAYA TOURE (MANCHESTER CITY) -1.05 Sentuhan per Minit

Pemain tengah Ivory Coast ini berada di tempat kedua dibelakang Rangle di mana tidak beraksi dalam 5 perlawanan liga pada pertengahan Januari hingga pertengahan Februari lalu kerana menyertai Kejohanan Piala Afrika bersama skuad kebangsaan Ivory Coast. Yaya merupakan antara pemain tengah yang menonjol dalam skuad bimbingan Roberto Mancini. Ketiadaannya jelas mengudang masalah buat Man City yang sekadar menjaringkan satu gol dalam 3 perlawanan menyaksikan ‘The Citizens’ tewas kepada Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris serta tersingkir dalam Piala FA dan Piala Carling kepada Man United dan Liverpool pada Januari lalu.

Sepanjang ketiadaannya, peratus kawalan bola Manchester City menurun kepada 57.2% berbanding 58.2% sementara purata percubaan ialah 17 berbanding 19.2 semasa Yaya beraksi. Selain itu, City sekadar melakukan hantaran sempurna sebanyak 83.4% berbdaning 86.5% jika pemain tengah Ivory Coast ini beraksi. Yaya Toure merupakan pemain yang memiliki peratusan hantaran sempurna paling tinggi dengan mencatatkan 90.7% setiap perlawanan.

Bekas pemain tengah Barcelona ini merupakan nadi bagi pasukan Manchester City dengan mencatatkan 81.6 hantaran purata setiap perlawanan bergandingan bersama Gareth Barry yang mencatatkan 62.5 %. Disebalik posisinya sekalu pemain ‘defensive midfielder’, Yaya Toure merekodkan 6 hantaran jauh purata, 1.7 ‘key passes’ setiap perlawanan serta mencatatkan 1.7 terjahan purata di samping menyumbang 2 gol dan 4 assist sepanjang musim ini.

MIKEL ARTETA (ARSENAL) – 1.03 Sentuhan per Minit

Pemain tengah Arsenal ini merupakan pemain ketiga yang melakukan purata sentuhan bola per minit paling tinggi selepas Rangle (Angel) dan Yaya (Toure). Bekas pemain Everton ini melakukan hantaran purata sebanyak 78 mengatasi rakan sepasukannya, Alex Song dengan 63.5. Mikel Arteta melakukan 90.5% hantaran sempurna dengan melakukan 5.3 hantaran jauh secara purata setiap perlawanan.

Pemain berusia 30 tahun ini turut melakukan 2.2 ‘key passes’ dibelakang Robin van Persie yang melakukan 2.4 ‘key passes’ setiap perlawanan. Arteta turut meyumbang 2 gol dan menghasilkan 4 assist setakat ini merupakan pemain tengah terbaik Arsenal musim ini. Selain itu, Arteta turut melakukan 2.5 terjahan dan 1.9 pintasan setiap perlawanan dibelaknag Alex Song yang mencatatkan 2.8 terjahan dan 2 pintasan setiap perlawanan.

Data dan statistik ini dianalisis pada 31 Mac 2012

Sumber : www.whoscored.com

This entry was posted in EPL. Bookmark the permalink.

Leave a Reply