[EPL-27] ARSENAL KEKAL RENTAK KEMENANGAN, GILIRAN LIVERPOOL MENJADI MANGSA

Arsenal berjaya menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool di gelanggang sendiri musim menerusi sentuhan penyudah berbisa oleh penyerang prolifik kelahiran Belanda, Robin van Persie. Kekalahan ini menyebabkan Liverpool kekal di tangga ketujuh manakala Arsenal cuma ketinggalan 4 mata dibelakang Tottenham Hotspurs yang berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris.

Liverpool turun tanpa kapten Steven Gerrard yang belum pulih sepenuhnya bersama Daniel Agger dan Glen Johnson. Sementara Arsenal pula berjaya mendapatkan semula khidmat Robin van Persie dan Thomas Vermaelen yang cergas sepenuhnya. Liverpool mendominasi perlawanan sebaik sepak mula dengan beberapa kali mengancam kubu Arsenal yang dikawal oleh Szczesny.

The Red nyaris memperolehi gol awal apabila Szczesny menjatuhkan Luis Suarez di dalam kotak penalti dan pengadil Mark Halsey menghadiahkan sepak penalti kepada tuan rumah pada minit ke-18. Penjaga gol muda Arsenal, Wojciech Szczesny menampilkan aksi pada kelas tersendiri apabila berjaya menepis sepakan penalti yang yg diambil oleh Dirk Kuyt.

Namun Liverpool berjaya memperolehi gol pertama apabila pertahanan Arsenal, Koscielny tertampan hantaran lintang Henderson yang menerjah gawang Arsenal pada minit ke-23. Luis Suarez hampir mengandakan jaringan namun percubaanya dinafikan oleh tiang gol seminit berselang.

Arsenal yang sekali-sekala mengasak berjaya menyamakan kedudukan. Bermula dari hantaran lintang Bacary Sagna, Robin van Persie berjaya melepaskan diri dari kawalan Jamie Carragher mudah menanduk masuk untuk gol penyamaan Arsenal pada minit ke-32. Liverpool terus ghairah memburu gol namun percubaan Suarez pada minit ke-40 diselamatkan oleh Szczesny manakala rembatan Charlie Adam sekadar mengegar palang pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Sekembalinya dari rehat, Liverpool terus mengasak gawang Arsenal menerus gandingan Suarez, Kuyt, Henderson dan Downing. Namun malang menimpa Arsenal apabila Mikel Arteta terpaksa diusung keluar selepas berlanggar dengan Henderson pada minit ke-53 dan digantikan dengan Abou Diaby yang melakukan kemunculan semula selepas berehat panjang akibat kecederaan. Namun Diaby terpaksa dibawa keluar pada minit ke-80 akibat kecederaan dan digantikan oleh Oxlade-Chamberlain.

Gervinho turut dibawa masuk mengantikan Benayoun untuk menambat sengat di bahagian serangan Arsenal. Pengurus Liverpool, Kenny Daglish turut memasukan Craig Bellamy dan Andy Caroll bagi mencari gol kemenangan. Namun gol kemenangan Arsenal hadir pada minit ke-92 hasil umpanan cantik dari Alex Song, Robin van Persie meledak satu sepakan volley kaki kiri yang menewaskan Pepe Reina di gawang Liverpool. Meskipun Liverpool terus mengasak namun kedudukan kekal hingga ke wisel penamat.

Kemenangan ini dapat memberi sedikit tonik buat Arsenal bagi melayan kunjungan AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.Kekalahan Spurs kepada Man United 1-3 memberi ruang buat Arsenal merapatkan jurang kepada 4 mata berbaki 11 perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply