[UCL] MISI MUSTAHIL ARSENAL MENENTANG THE ROSSONERI

Misi mustahil anak-anak buah Arsene Wenger untuk menyamakan aggregat setelah Arsenal tewas 0-4 di San Siro, Milan dua minggu lalu. Meskipun perlawanan masih berbaki 90 minit, di atas kertas AC Milan sudah boleh mencongak lawan mereka seterusnya pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Namun barisan pemain Arsenal pastinya turun penuh semangat awal pagi ini untuk berjuang habis-habisan bagi mengubah keputusan.

Arsene Wenger berhadapan kecederaan terbaru apabila Mikel Arteta mengalami kecederaan dalam pertemuan menentang Liverpool hujung minggu lalu. Selain itu, Abou Diaby, Yossi Benayoun serta Aaron Ramsey turut disisihkan ekoran kecederaan manakala Tomas Rosicky dan Kieran Gibbs dijangka pulih dan sedia diturunkan menetang AC Milan awal pagi nanti. Johan Djourou bakal kembali mengisi bangku simpanan setelah pulih dari kecederaan pangkal paha yang dialaminya.

Sementara itu, pengurus AC Milan Massimiliano Allergi masih segar dengan kejayaan membelasah Palermo 4-0 hujung minggu lalu bakal beraksi tanpa Alexandre Pato, Clarence Seedorf dan Kevin-Prince Boateng yang masih dibelenggu kecederaan. Bekas pemain tengah Arsenal, Mathieu Flamini turut tercicir dari skuad AC Milan ke Emirates ekoran belum pulih sepenuhnya manakala Ambrossini terlepas aksi menentang Arsenal kerana pengantungan. Namun, Luca Antonini  dan Emanuelson kembali disenaraikan setelah lulus ujian kecergasan.

Arsenal diramal bakal menerapkan corak permainan menyerang dengan memasukan Walcott, Gervinho dan Oxlade bagi membantu Robin van Persie memburu gol-gol awal. Sementara Rosicky dijangka bertindak selaku ‘playmaker’ bagi mencipta ruang buat jentera serangan Arsenal. Alex Song diharapkan dapat menampilkan aksi terpuji seperti pertemuan menetang Liverpool hujung minggu lalu apabila berjaya merantai setiap gerakan yang direncanakan lawan Manakala bahagian pertahanan Arsenal perlu kekal fokus bagi mengelak AC Milan menjaringkan gol sekaligus menambah jurang aggregat.

AC Milan pula turun tanpa tekanan dijangka tidak mengamalkan corak bertahan sebalik akan melancarkan serang balas pantas menerusi gandingan Robinho dan penyerang Sweeden, Zlatan Ibrahimovic. Sedikit kelegaan buat The Gunners apabila Boateng dan Seedorf diketepikan namun Arsenal terpaksa berhadapan pertahanan kental Milan yang diterajui oleh Thiago Silva dan Mexes.

BARISAN KEMUNGKINAN

Pengadil : Damir Skomina (Slovenia)

Ramalan : Arsenal (4) vs AC Milan (0)

FAKTA MENARIK

  • Dua perlawanan terakhir di Emirates menyaksikan Arsenal menang besar iaitu ketika Arsenal membelasah Blackburn Rovers 7-1 dan mengecewakan musuh setempat, Spurs 5-2.
  • AC Milan tersingkir awal di pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah sejak 4 musim yang lalu.
  • Arsenal telah menjaringkan 55 goal dalam liga musim ini, 2 gol lebih daripada skuad ‘The Invincibles’ pada musim 2003/04 untuk tempoh yang sama.
  • AC Milan mendahului Seria A telah membelasah Palermo 4-0 aksi terbaru  hujung minggu lalu dengan Zlatan Ibrahimovic meledak hatrik.
  • Arsenal berjaya bangkit ketika saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2003-04 apabila tewas 0-3 di Highbury sebelum bangkit menewaskan Inter Milan 5-1 di San Siro.
  • AC Milan pernah disingkirkan oleh Deportivo La Coruna pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2004 dengan aggregate 5-4 meskipun menang 4-1 di San Siro namun tewas 4-0 di Stadium Riazor.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply