[UCL] ARSENAL BANGKIT BENAM AC MILAN

Arsenal mempamerkan kebangkitan luar biasa menewaskan juara Eropah tujuh kali, AC Milan 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Bagai sudah tersurat, kemenangan itu tidak cukup untuk membantu Arsenal layak ke pusingan suku akhir ekoran kekalahan besar 0-4 pada perlawanan pertama lalu di Milan. Meskipun Arsenal tersingkir, rata-rata penyokong-penyokong nyata puas dan teruja dengan persembahan menghiburkan yang ditampilkan oleh anak buah Arsene Wenger.

Arsenal tampil berbeza menyala api kebangkitan tangkas mengasak kubu AC Milan sebaik sepak mula. Laurent Koscielny memulakan kebangkitan Arsenal apabila kemas menanduk sepakan sudut Oxlade-Chamberlain dari sebelah kiri pada minit ke-7. Arsenal terus mendominasi permainan dengan Robin van Persie menjadi duri dalam daging buat skuad kendalian Massimiliano Allergi apabila beberapa kali menguji gawang Milan yang dikawal oleh Christian Abbiati.

Gawang AC Milan bocor lagi pada minit ke-25 berpunca dari gerakan Theo Walcott dari sebelah yang membuat hantaran lintang yang dikeluarkan oleh Thiago Silva. Namun bola tepat singgah di kaki Tomas Rosicky yang mudah merembat bola ke penjuru kanan gawang Abbiati.

Tiga minit menuju rehat Arsenal dihadiah sepakan penalti apabila Oxlade-Chamberlain yang bijak melakukan larian dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan Milan, Djamel Mesbah. Robin van Persie mudah menyempurnakan sepakan penalti itu untuk gol ketiga Asenal. Kealpaan benteng Arsenal pada masa kecederaan separuh masa pertama nyaris mengundang padah apabila Emanuelson berjaya mencipta peluang buat Stephan El Sharaawy yang tidak dikawal namun percubaannya tersasar.

Sebaik separuh masa kedua bermula, Arsenal terus melancarkan serangan bagi memburu gol ke-4 bagi mengikat aggregat. Milan cemas seketika apabila Gervinho melakukan percubaan pada minit ke-58 tetapi berjaya ditampan namun Robin van Persie menpersiakan peluang yang terhidang apabila menyepak bola tepat ke dakapan Abbiati.

AC Milan mengambil kembali menguasai permainan selepas itu ekoran pemain-pemain Arsenal yang sedikit keletihan setelah mengerah keringan memburu gol demi gol. Zlatan Ibrahimovic beberapa kali turut menguji gawang Arsenal namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol muda Arsenal, Wojciech Szczesny. Peluang terbaik Milan menjaringkan gol hadir pada minit ke-77 apabila Alberto Aquillani bijak melorong bola buat Nocerino namun sepakanya tepat menuju kepada penjaga gol Arsenal meskipun gawang Arsenal terbuka luas.

Kemenangan ini turut melebarkan pencapaian cemerlang Arsenal setelah melalui episod duka pertengahan Februari lalu apabila dimalukan oleh AC Milan 4-0 serta disingkirkan Sunderland dalam saingan Piala FA Inggeris selepas tewas 0-2 di Stadium Light. Namun, selepas itu Arsenal bangkit membenam Spurs 5-2 di Emirates dan mengecewakan Liverpool 2-1 di Anfield minggu lalu. Kejayaan menewaskan AC Milan, Liverpool dan Spurs diharapkan dapat meningkatkan moral pemain sekaligus mengekalkan momentum bagi mengharungi baki saingan musim ini.

Apa-apa pun syabas buat pemain-pemain dan Arsenal yang menampilkan aksi terpuji beberapa perlawanan kebelakangan ini. Buat peminat-peminat Arsenal, terus kesetiaan dan sokongan anda. Come On Your Gunners!!!

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply