[PRESPEKTIF] ARSENE WENGER PENGURUS YANG HEBAT DIKELILINGI PEMAIN YANG HEBAT- FABREGAS

Cesc Fabregas mengesa agar penyokong-penyokong Arsenal terus meletakkan kepercayaan kepada Arsene Wenger. Bekas kapten Arsenal itu yang meninggalkan Arsenal untuk menyertai kelab remajanya, Barcelona pada musim panas lalu mengakui bahawa tahap kesabaran penyong-penyokong Arsenal berada di kemuncak ekoran tujuh tahun kemarau kejuaraan yang dilalui oleh Arsenal kini.

Fabregas turut dihimpit kebimbangan ekoran khabar angin yang menyatakan bahawa bintang Arsenal, Robin van Persie bakal menuju pintu keluar untuk memburu kejuaraan. Pemain antarabangsa Sepanyol berpendapat situasi yang melanda Arsenal akan pulih dan tidak perlu meragui tentang kemampuan Wenger yang banyak memberi kejuaraan kepada Arsenal sebelum ini.

“Arsenal memiliki ramai pemain yang bagus, penyokong yang hebat dan pengurus yang hebat. Pemain silih berganti, tidak perlu untuk terus membandingkan skuad kini dengan ‘The Invincibles’ kerana ia tidak akan memberi sebarang faedah,” kata Fabregas.

“Terdapat beberapa pemain penting seperti Jack Wilshere, Thomas Vermaelen, Bacary Sagna dan Abou Diaby yang sering mengalami kecederaan untuk jangka masa yang lama dan kita harus bersabar.”

“Saya masih menyayangi kelab yang saya pernah bermain ini dan ia pasti membuatkan saya sedih apabila mereka tewas. Tetapi Arsene Wenger mengetahui mengenai pemain dan kelab dan dia tidak perlu menoleh ke belakang. Menjadi seorang pengurus adalah tugas yang sukar di mana peminat-peminat sentiasa mengkritik bila berlaku perkara yang tidak baik.”

Fabregas turut mengulas mengenai keputusannya meninggalkan Arsenal, “Ia merupakan satu keputusan yang sukar dan terlalu peribadi bagi saya.”

“Saya meninggalkan Arsenal bukan kerana tidak gembira atau wang yang banyak. Saya hanya mahu kembali menyertai kelab di mana saya sukai dan dibesarkan.”

“Sepanjang 8 tahun bersama Arsenal, saya telah memberikan yang terbaik. Tetapi peluang kembali ke Barca terbuka luas dan saya mengambilnya. Jika tidak kerana Barca, saya akan terus kekal di Emirates. Pastinya ia bukan tentang merangkul kejuaraan atau tidak tetapi setiap kelab akan melalui musim-musim yang sukar.”

“Semasa saya kecil, Barcelona pernah melalui 5 musim tanpa piala dan ia seperti satu pengakhiran dalam dunia bola sepak. Kini, Barcelona menjadi pasukan terbaik di dunia. Bola sepak berubah dengan pantas dan Arsenal bakal kembali ke puncak kelak,” kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Fabregas mengakui yang dia masih menghubungi bekas rakan-rakan sepasukannya di Arsenal dan berbual dengan Arsene Wenger Oktober lalu.

“Saya masih memunyai rumah dan kawan-kawan di London jadi saya cuba datang sekerap yang mungkin. Terdapat beberapa orang yang terjumpa saya dan berkata “Kembalilah ke Arsenal” namun ramai juga yang berkata “Pulanglah ke Barcelona” di mana setiap orang memilik pendapat yang berbeza.”

“Musim terakhir saya di Arsenal sangat sukar kerana terpaksa bergelut dengan masalah kecederaan. Saya benar-benar berharap dapat bermain menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara Eropah musim lalu dan gagal beraksi dengan baik.”

Sementara itu, Fabregas telah berjaya memenangi Piala Super UEFA, Piala Super Sepanyol, Piala Kelab-Kelab Dunia FIFA dan bakal beraksi di pentas akhir Copa Del Rey  sejak bersama Barca tujuh bulan yang lalu.

Namun Fabregas menjelaskan bukan mudah untuk menjulang kejuaraan, “Kebanyakan penyokong-penyokong bola sepak Inggeris tidak gemar dengan cara Barca bermain yang menguasai bola  dan mereka tidak cukup sabar untuk menguasai bola di atas padang.”

Dan apa yang istimewa tentang Barcelona ialah bukan sekadar menjulang kejuaraan tetapi memenangi dengan gaya tersendiri. Jika kamu menghantar bola tinggi dari tengah padang kepada Lionel Messi, ia tidak mungkin berlaku.”

Sumber : www.thesun.co.uk

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply