[PERSPEKTIF] WALCOTT PEMAIN SAYAP TERBAIK ENGLAND PADA MASA KINI – GIBBS

Kieran Gibbs percaya bahawa Theo Walcott merupakan pemain sayap England terbaik buat masa ini. Walcott berjaya menampilkan aksi yang cemerlang beberapa perlawanan kebelakangan ini selepas melalui permulaan musim yang kurang konsisten. Pemain berusia 23 tahun ini telah menjaringkan gol kesembilannya musim ini ketika Arsenal menewaskan Aston Villa 3-0 pada Sabtu lalu.

Bek kiri Arsenal, Gibbs turut ceria apabila berjaya menymbangkan gol ketika Arsenal melakar kemenangan di Stadium Emirates dan mengakui rakan sepasukan (Walcott) sebagai pemain sayap terbaik England.

“Bagi saya, memang (Walcott adalah pemain sayap terbaik England),” kata pemain bek kiri Arsenal itu.

“Jika diketepikan seketika, saya tidak suka beraksi menentang Walcott. Saya memandangnya sepenuh hati apabila dia pertama kali datang ke Arsenal dan satu kegembiraan dapat beraksi bersama-samanya. Dia merupakan seorang pemain yang cemerlang.”

“Dia (Walcott) merupakan antara kawan baik saya dan merupakan pemain yang hebat. Dia merupakan seorang model professional yang melakukan tugasnya dengan serius dan seorang lelaki yang bagus,” kata Gibbs lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply