[PERSPEKTIF] USAH LEKAS BERPUAS HATI – WENGER

Arsene Wenger mengingatkan pemain Arsenal yang kembali beraksi cemerlang bahawa mereka tidak boleh berehat selepas melonjak ke kelompok ketiga teratas carta Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali musim ini. Arsenal berjaya menampilkan aksi yang kosisten dengan memenangi tujuh perlawanan terakhir.

The Gunners ketinggalan 12 mata di belakang Tottenham pada 1 Februari lalu, akhirnya berjaya memintas seteru mereka dari utara London selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Everton di Goodison Park kelmarin hasil jaringan tunggal Thomas Vermaelen. Sementara itu, Spurs pula hampa apabila seri 1-1 menentang Stoke City.

“Kami sudah banyak belajar dalam beberapa bulan lalu,” kata Wenger. “Tetapi, adalah penting untuk kami kekal fokus dan bersaing sesama sendiri jika mahu kekal pada kedudukan kami sekarang.”

“Sejak Oktober, kami mengalami nasib buruk kerana kami tiada pemain pertahanan. Namun, sikap yang ada pada pasukan ini sentiasa bagus dan saya rasa kami akan sentiasa bangkit.”

“Kami perlu kuat kerana kami berada dalam keadaan terlalu banyak tekanan dan kami perlu kekal seperti itu sehingga tamat musim. Dari mana kami datang, kami tahu apa makna susah payah.”

“Perkara berubah begitu pantas dalam saingan liga ini. Itu sebabnya ia penting untuk kami terus fokus,” kata pengurus berbangsa Perancis itu.

Sumber : www.bharian.com.my

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply