[PERSPEKTIF] KECEMERLANGAN SONG MENGINGATKAN SAYA KEPADA FABREGAS – CHAMBO

Kecemerlangan dan ketepatan hantaran serta killer pass yang dilakukan oleh Alex Song musim ini mengingatkan kita kepada Fabregas. Bintang antarabangsa Cameroon berjaya menampilkan aksi yang hebat bersama Arsenal sekaligus menjadi pemain yang paling banyak melakukan assist dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dengan 8 kali sebaris dengan Nani dan Gareth Bale.

Bintang muda Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain menyatakan kekaguman terhadap sumbangan bintang antarabangsa Cameroon dan mengakui Song banyak mempengaruhi mutu permainannya dan pasukan.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir dia (Song) tidak bermain – dia sentiasa beraksi. Kadang-kadang anda tidak sedar apa yang dia lakukan di mana dia membantu barisan pertahanan di samping mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya,” kata pemain berusia 18 tahun itu.

“Jelas sekali dia sering melakukan hantaran yang baik kepada rakan sepasukan. Kadang-kadang hantarannya disambut baik oleh Robin van Persie seperti perlawanan menentang Everton dan Liverpool mengingatkan kita semua dengan teknik yang dilakukan oleh Fabregas ketika bersama Arsenal dulu.”

“Selaku seorang pemain holding midfielder, dia berjaya bertahan dengan baik dan cemerlang dalam melakukan gerakan-gerakan membantu jentera serangan.”

“Song begitu cemerlang musim ini dan merupakan seorang pemain yang begitu baik semasa di bilik persalinan. Dia sentiasa gembira dan menghadirkan senyuman di wajah semua orang.”

Oxlade-Chamberlain turut teruja dan berbangga dengan persembahannya yang mantap ketika menentang AC Milan tetapi dia mengakui ingin terus belajar lebih banyak lagi dari Song dan Arteta.

“Saya sentiasa melihat mereka berlatih setiap minggu semasa sesi latihan. Saya melihat pergerakan mereka apabila mendapat bola dan sentiasa kekal positif untuk mencipta ruang di bahagian sayap atau melakukan hantaran kepada Robin.”

“Saya perlu sentiasa belajar dari sesiapa dalam pasukan ini terutamanya dari pemain yang hebat seperti Alex Song dan Mikel Arteta, seperti juga Aaron Ramsey dan Jack Wilshere,” kata Chamberlain lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply